Terkini | DagangNews Skip to main content

Nilai jualan francais negara disasar meningkat kepada RM22.66 bilion menjelang 2025 - PM

KUALA LUMPUR 8 Sept - Nilai jualan industri francais negara disasar meningkat daripada RM14.65 bilion pada tahun 2020 kepada RM22.66 bilion menjelang tahun 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Rundingan UMNO, PAS hanya sah jika diputuskan parti - Ismail Sabri

KUALA LUMPUR 8 Sept - Setiap rundingan dan pertemuan sulit dalam UMNO dan PAS hanya boleh disahkan jika ia diputuskan oleh parti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Pendapatan kukuh sektor perbankan bagi 2QFY22 didorong peningkatan pendapatan faedah bersih

KUALA LUMPUR 8 Sept - Pendapatan kukuh sektor perbankan bagi 2QFY22 didorong oleh jumlah pendapatan yang lebih tinggi disokong oleh peningkatan pendapatan faedah bersih (NII).

 

Optimis dengan prospek Coastal Contracts bagi FY23, RHB Research naikkan TP kepada RM2.40 sesaham 

KUALA LUMPUR 8 Sept - RHB Research menyemak naik harga sasaran (TP) Coastal Contracts Bhd. kepada RM2.40 daripada RM2.35 sebelum ini dengan mengekalkan saranan 'beli' berikutan prospek kumpulan yang positif. 

 

Firma pengiklanan global Stagwell bertapak di Malaysia, kembangkan hubungan dengan Malaysia Airlines

KUALA LUMPUR 8 Sept - Firma pengiklanan dan pemasaran global, Stagwell Gorup membuka pejabatnya di Malaysia, dengan jenama media dan perjalanannya, Ink mengembangkan perkongsiannya dengan Malaysia Airlines untuk menawarkan penajaan dan peluang pengiklanan dalam talian dan luar ta

Perdana Menteri tegaskan isu jaminan halal penting untuk ditangani

KUALA LUMPUR 8 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang isu yang berkait dengan jaminan halal adalah penting untuk ditangani dalam usaha mempromosikan halal kerana ia berisiko merosakkan imej halal yang diusahakan selama ini.

 

Dilaporkan bakal raih kontrak FPSO Agogo, AmInvestment kekal saranan 'beli' terhadap Yinson

KUALA LUMPUR 8 Sept - AmInvestment Bank Research menyifatkan kontrak sewaan bagi kemudahan terapung, penyimpanan dan muatan (FPSO) untuk projek Eni laut dalam Agogo pada suku akan datang yang bakal dimenangi Yinson Holdings Bhd. adalah positif kepada prospek kumpulan.  

MIHAS 2022: Taman Halal Malaysia tarik pelaburan lebih RM16 bilion - PM

KUALA LUMPUR 8 Sept - Taman Halal Malaysia telah menarik jumlah pelaburan terkumpul lebih daripada RM16 bilion, yang mana RM9.5 bilion atau 59% dari jumlah itu adalah pelaburan langsung asing (FDI), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Kenanga Research kekal saranan 'overweight' bagi sektor utiliti didorong peningkatan pendapatan mengatasi unjuran

KUALA LUMPUR 8 Sept - Kenanga Research mengekalkan saranan 'overweight' terhadap sektor utiliti selepas berlaku peningkatan pendapatan berturutan mengatasi unjuran bagi keputusan 2QCY22 baru-baru ini.

 

Penerokaan minyak dan gas global dijangka goyah tahun ini - Rystad Energy

KUALA LUMPUR 8 Sept - Penerokaan minyak dan gas global dijangka goyah tahun ini, berikutan bilangan blok berlesen dan jumlah keluasan jatuh ke paras terendah sepanjang masa, ketika sektor itu bergelut untuk mengatasi kesan pandemik COVID-19 dan kejatuhan pasaran minyak yang berik

Subscribe to Terkini