Terkini | DagangNews Skip to main content

Kenanga Research jangka inisiatif 5G Telekom Malaysia beri kesan positif kepada kualiti perkhidmatan

KUALA LUMPUR 11 Jan - Kenanga Research optimis terhadap komitmen Telekom Malaysia Berhad (TM) terhadap inisiatif 5G dan menjangkakan ia akan memberi kesan positif kepada kualiti perkhidmatan serta kepuasan pelanggan.

 

Mitsubishi Motors buka pusat 3S pertama di Nilai, bilik pameran ke-59 seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Jan - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama pengedar sah Ban Lee Heng Motor (Nilai) Sdn Bhd membuka pusat 3S Mitsubishi Motors pertama (jualan, servis dan alat ganti) di Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. 

 

Bank Muamalat hulur bantuan kepada mangsa banjir di Johor

KUALA LUMPUR 11 Jan - Bank Muamalat Malaysia Berhad menghulurkan kit bantuan makanan kepada komuniti yang terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di Johor.

 

Majuperak, STG bangunkan Tasik Cermin sebagai destinasi ekopelancongan lestari

IPOH 11 Jan - Majuperak Holdings Berhad (MHB) dan Sabah Tea Garden (STG) akan terus melakukan pelbagai inisiatif bagi membangunkan Tasik Cermin sebagai sebuah daripada destinasi ekopelancongan utama di Perak.

 

Kementerian Perladangan dan Komoditi akan meneliti isu cukai 'durian runtuh' – Johari Ghani

KUALA LUMPUR 11 Jan - Kementerian Perladangan dan Komoditi akan meneliti isu cukai keuntungan 'durian runtuh' yang dibangkitkan oleh penggiat industri dan berunding dengan pihak berkaitan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia destinasi ke-6 tertinggi dicari pelancong China, pengecualian visa lonjakkan lagi minat - Airbnb

KUALA LUMPUR 11 Jan - Malaysia muncul sebagai salah satu daripada 10 destinasi carian tertinggi tetamu Airbnb dari China pada percutian musim sejuk kali ini.

 

Perdagangan borong dan runcit Malaysia catat peningkatan 6.2% kepada RM142.6 bilion pada November 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 11 Jan - Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM142.6 bilion, meningkat 6.2% tahun ke tahun pada November 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

MPOC optimis terhadap prospek minyak sawit pada 2024, jangka didagangkan pada purata RM4,000 bagi setiap tan

KUALA LUMPUR 11 Jan - Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) oprimis terhadap prospek minyak sawit tahun ini dan menjangkakan ia didagangkan pada harga RM4,000 bagi setiap tan.

 

UEM Sunrise berhati-hati optimis terhadap permintaan hartanah pada 2024 - CEO

KUALA LUMPUR 11 Jan - UEM Sunrise Bhd berhati-hati optimis terhadap permintaan hartanah tahun ini, disokong oleh permintaan berterusan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran pelanggan kelas pertengahan serta permintaan lebih besar untuk produk kediaman di Lem

PM Anwar, Hsien Loong saksi detik bersejarah 'penyambungan' RTS Link antara Malaysia dan Singapura

KUALA LUMPUR 11 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong hari ini menyaksikan detik bersejarah Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) secara simboliknya "disambungkan" antara Malaysia dan Singapura.

 

Subscribe to Terkini