Terkini | DagangNews Skip to main content

PayNet jalin kerjasama dengan AliPay+ lancar pembayaran digital rentas sempadan 8 negara di Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Nov - Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) dan Alipay+ daripada Ant Group bekerjasama melancarkan pembayaran digital rentas sempadan bagi membolehkan pelancong dari lapan negara menggunakan DuitNow QR PayNet di Malaysia.

 

210,000 pelanggan di Pahang dan Terengganu alami gangguan perkhidmatan, CelcomDigi mohon maaf

KUALA LUMPUR 8 Nov - Seramai 210,000 pelanggan Celcom di Pahang dan Terengganu mengalami gangguan perkhidmatan ekoran satu kebakaran kecil yang berlaku awal pagi tadi.

 

UCSI raih kedudukan ke-61 universiti terbaik di Asia

KUALA LUMPUR 8 Nov - Universiti UCSI kini berada di kedudukan ke-61 Asia selepas peningkatan 11 tempat yang memberangsangkan dalam QS Asia University Rankings 2024.

Harga simen meningkat antara 0.1% dan 2.2% pada Oktober 2023 - DOSM

KUALA LUMPUR 8 Nov - Indeks harga seunit simen mencatatkan peningkatan antara 0.1% dan 2.2% bagi kebanyakan kawasan pada Oktober 2023 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

MGRC, AntChain bekerjasama guna teknologi kebolehkesanan blockchain

KUALA LUMPUR 8 Nov - Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC) menerusi MGRC Biopharma Sdn. Bhd. akan menggunakan teknologi kebolehkesanan blockchain daripada AntChain Technology Pte Ltd. 

 

Jumlah penganggur terus menurun kepada 573,700 orang pada September 2023 – DOSM

KUALA LUMPUR 8 Nov - Jumlah penganggur terus merekodkan penurunan sebanyak 0.6% kepada 573,700 orang, mengekalkan kadar pengangguran 3.4% pada September 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

TUDM hantar pegawai ke Itali selia program pembinaan dua pesawat rondaan maritim ATR-72

KUALA LUMPUR 8 Nov - Sepasukan pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan dihantar ke Itali bagi menyelia proses pembinaan pesawat rondaan maritim (MPA) di kilang syarikat Leonardo.

 

Tony Fernandes diiktiraf sebagai 'APAC CEO of The Year’ daripada Airline Economics Aviation 100

KUALA LUMPUR 8 Nov - Capital A Berhad mengumumkan bahawa ketua pegawai eksekutifnya, Tan Sri Tony Fernandes dinobatkan sebagai ‘Asia Pacific CEO of The Year’ di Anugerah Aviation 100 Asia Pasifik 2023 oleh Airline Economics di Singapura. 

 

Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-14 di Abu Dhabi beri tumpuan kepada masa depan mampan

KUALA LUMPUR 8 Nov - Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) edisi ke-14, yang akan berlangsung tiga hari dari 6 hingga 8 Februari 2024, akan memberi tumpuan kepada membentuk masa depan yang mampan dengan menangani cabaran utama, meneroka peluang baharu serta mempame

EdgePoint Infrastructure catat pembinaan 1,500 tapak menara telekomunikasi di seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR 8 Nov -  EdgePoint Infrastructure mencatatkan pembinaan 1,500 tapak menara telekomunikasi di seluruh Malaysia termasuk pemerolehan portfolio menara tambahan baru-baru ini.

 

Subscribe to Terkini