Abd. Karim lepaskan jawatan di KPower berkuat kuasa serta-merta | DagangNews Skip to main content

Abd. Karim lepaskan jawatan di KPower berkuat kuasa serta-merta

Datuk Dr. Ir. Mohd. Abdul Karim Abdullah

 

 

Oleh ZUNAIDAH ZAINON
zunaidah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 14 Dis - Datuk Dr. Ir. Mohd. Abdul Karim Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas KPower Bhd. berkuat kuasa serta-merta. 

 

Berikutan peletakan jawatan itu, Mustakim Mat Nun, yang merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan akan menyandang jawatan Pengerusi buat sementara waktu, menurutnya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohd. Abdul Karim, bersama Grand Deal Vision Sdn. Bhd., muncul sebagai pemegang saham majoriti KPower selepas mengambil alih pemilikan majoriti pada 2019.

 

"Sejak itu, beliau dan pengurusan baharu telah berjaya mengubah KPower daripada perniagaan perkilangan yang mencatat kerugian kepada pemain terkemuka dalam industri tenaga boleh diperbaharui (RE).

 

"Di bawah pengurusan baharu juga, kumpulan berjaya mempelbagaikan perniagaannya dalam segmen penjagaan kesihatan dan logistik," katanya.  

 

Pada masa sama, Mohd. Abdul Karim juga merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd. dan Pengarah Bukan Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB). 

 

Setakat 10.07 pagi ini, harga saham KPower menokok 13.5 sen atau 32.93% kepada 54.5 sen dengan 7.6 juta saham diniagakan. - DagangNews.com