AGM ke-61 Maybank, Khamis ini | DagangNews Skip to main content

AGM ke-61 Maybank, Khamis ini

 

 

KUALA LUMPUR 4 Mei - Maybank Group mengesahkan Mesyuarat Agung Tahunan ke-61 akan diadakan Khamis ini setelah tertangguh sejak 15 April lalu. 

 

Kumpulan perbankan itu terpaksa menjadualkan semula AGM berikutan isu teknikal yang dihadapi penyedia kemudahan penyertaan dan undian jarak jauh, Tricor Investor & Issuing House Services Sdn Bhd (Tricor).

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, 22 April lalu, Maybank berkata, AGM kali ini akan dipancarkan menerusi Menara Maybank, Jalan Tun Perak. - DagangNews.com