Skip to main content

AirAsia lancar airasia beauty di Malaysia dan Indonesia

KUALA LUMPUR 22 April - Untuk mengukuhkan tawaran melalui platform e-dagangnya, airasia super app hari ini melancarkan airasia beauty di Malaysia dan Indonesia beserta promosi sehingga 50% untuk jenama terpilih dan penghantaran percuma di Lembah Klang sehingga 12 Mei ini.  

 

Menyedari permintaan pasaran yang semakin berkembang untuk produk kecantikan dan penjagaan kulit, airasia beauty merancang untuk berkembang dengan pesat di serata ASEAN dan sedia untuk menggegarkan rantau ini dengan tawaran produk yang pelbagai.

 

Daripada produk penjagaan kulit untuk semua jenis kulit, pelbagai produk solekan, wangian hingga produk mandian dan penjagaan badan, airasia beauty menawarkan produk yang diilhamkan oleh rutin kecantikan harian yang nyata.

 

Ia boleh diakses melalui airasia super app (tab Beauty) dan airasia.com/beauty, platform tersebut menawarkan pelbagai jenama termasuk History of Whoo, Dr. Morita, Mediheal, The Mineraw, farmskin, Clio, Dashing Diva, Cosrx dan banyak lagi yang dijamin asli pada harga berpatutan.

 

airasia beauty menyediakan perkhidmatan penghantaran di kawasan Lembah Klang, Malaysia dan Jakarta, Indonesia pada masa ini yang dikendalikan oleh Teleport, cabang logistik airasia digital.  

 

Lim Ben Jie, Ketua e-Dagang airasia super app berkata, pembelian melalui e-dagang dan dari rumah kini telah menjadi sebahagian daripada kehidupan.

 

"Melalui pengalaman kami di airasia shop, kami melihat permintaan yang tinggi untuk produk kecantikan. Jadi, kami mengambil langkah untuk menjadikan airasia beauty sebagai salah satu cabang perniagaan baharu yang menawarkan produk kecantikan terus ke rumah anda.

 

"Kami berharap untuk berkongsi produk kecantikan kepada orang ramai di Asean melalui kakitangan kami seperti kru kabin dan tenaga pengajar dandanan yang merupakan duta kecantikan kami. Penjagaan kecantikan merupakan rutin harian mereka untuk kelihatan cantik dan kemas pada setiap masa. Penambahan airasia beauty akan mempelbagaikan lagi tawaran gaya hidup di airasia super app, membawa kami selangkah lebih dekat untuk menjadi aplikasi gaya hidup dan perjalanan sehenti terkemuka di ASEAN.

 

“Dengan airasia beauty, para pelanggan boleh menikmati pengalaman membeli-belah atas talian yang lebih menarik serta mendapat petua kecantikan, ulasan produk dan produk pilihan kegemaran daripada Allstars dan pelanggan lain.

 

"Selain menyediakan produk terbaik untuk penjagaan kecantikan dan penghantaran ke rumah, kami juga ingin berkongsi tips untuk membantu para pelanggan menjadi diri mereka yang terbaik. Selain di Lembah Klang, Malaysia dan Jakarta, Indonesia kami mempunyai rancangan pengembangan di seluruh negara di Malaysia, Indonesia dan negara ASEAN yang lain,” katanya. - DagangNews.com