Akaun Telegram peribadi PM digodam, abaikan mesej dan lapor kepada pihak berkuasa | DagangNews Skip to main content

Akaun Telegram peribadi PM digodam, abaikan mesej dan lapor kepada pihak berkuasa

PM

 


PUTRAJAYA 8 Ogos - Kegiatan penipu atau scammer menggunakan media sosial tidak mengenal sesiapa, termasuklah paling terbaharu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Dalam pernyataan menerusi Twitter rasmi beliau petang ini, Perdana Menteri mengeluarkan notis bahawa Akaun Telegram peribadi beliau telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

 

"Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang yang diterima daripada akaun berkenaan," menurut Perdana Menteri.

 

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dibuat supaya siasatan terperinci dapat dilakukan.

 

"Mana-mana individu yang telah menjadi mangsa penipuan kewangan dan lain-lain, hendaklah melaporkannya segera kepada PDRM dan SKMM bagi membantu siasatan," kata PMO.

 

Kegiataan scammer menerusi media sosial, khususnya Telegram bagaikan sudah menjadi lumrah dan tidak dapat dibendung sehingga kini.

 

Modus operandi scammer itu biasanya menggunakan nombor telefon seseorang dan meletakkan gambar serupa dengan yang asli untuk mengabui mata.

 

Mereka menghubungi rakan-rakan dalam senarai telefon mangsa dan `meminta bantuan kecemasan pinjaman wang RM2,500 dan berjanji akan membayar balik semula esok'. - DagangNews.com