Allianz General perluas khidmat bergerak penggantian cermin kereta ke bandar-bandar utama di seluruh negara | DagangNews Skip to main content

Allianz General perluas khidmat bergerak penggantian cermin kereta ke bandar-bandar utama di seluruh negara

Damian Williams (kanan) bersama CEO Allianz Malaysia Berhad, Sean Wang di hadapan kenderaan pasukan Penggantian Cermin Kereta Bergerak Allianz di Plaza Sentral, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 5 Mei – Perkhidmatan Penggantian Cermin Kereta Bergerak Allianz boleh didapati di bandar-bandar utama di seluruh negara mulai 1 Mei 2022.

 

Dilancarkan di Lembah Klang pada Jun 2020 oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Alliaz General), perkhidmatan tersebut menawarkan pemegang polisi Allianz Motor Private Car Comprehensive perlindungan cermin kereta dengan perkhidmatan pembaikan di lokasi untuk cermin kereta yang retak atau rosak.

 

Perkhidmatan tanpa tunai ini juga disertakan dengan penggantian cermin asli dan jaminan sepanjang hayat, kini boleh didapati di Johor Bahru, Melaka, Seremban, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu, dan Kuching oleh pemegang polisi.

 

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan boleh menghubungi 1800-22-5542 untuk menetapkan janji temu, dan Allianz General akan menghantar kereta perkhidmatan bergerak berjenama Allianz ke lokasi pelanggan dalam tempoh sejam.

 

Perkhidmatan tersebut tidak memerlukan pengisian borang, sekali gus memendekkan tempoh menunggu yang lama dan proses yang remeh.

 

Ketua Pegawai Tuntutan Allianz General, Damian Williams berkata, perkhidmatan ini akan menjadi lambang pengutamaan pelanggan, dan pihaknya sangat teruja untuk memperluaskan perkhidmatan ini ke bandar-bandar utama di seluruh negara.

 

Menurut beliau, kini dengan 34 buah kereta perkhidmatan bergerak berjenama Allianz, pelanggan Allianz diyakinkan dengan penyelesaian pantas apabila mereka memerlukannya.


 

allianz
Kenderaan pasukan Penggantian Cermin Kereta Bergerak Allianz

 


“Pada masa yang sama, kadang-kala kemalangan buruk boleh berlaku. Jadi, ada kemungkinan untuk cermin kereta anda pecah sepenuhnya ketika memandu. Anda harus cuba untuk kekal tenang dan pandu ke bahu jalan sebelum membuat panggilan untuk bantuan,” tambah Damian.

 

Pelanggan Allianz General boleh hubungi 1800-22-5542 untuk perkhidmatan Penggantian Cermin Kereta Bergerak Allianz, tersedia dari hari Isnin hingga Sabtu, dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Tertakluk pada terma dan syarat. – DagangNews.com