Allianz Life tawar perlindungan baharu keluarga muda, dewasa | DagangNews Skip to main content

Allianz Life tawar perlindungan baharu keluarga muda, dewasa

Allianz 1Cover dan Allianz BolehCover

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) menawarkan dua perlindungan terbaharu iaitu Allianz 1Cover dan Allianz BolehCover yang mengfokuskan kepada perlindungan keluarga dan kumpulan dewasa.

 

Ketua Pegawai Produk Allianz Life, Ooi Haw Yun berkata, kedua-dua tawaran tersebut memberi perlindungan hayat yang sangat diperlukan.

 

“Dengan impak COVID-19 yang tidak terkira dalam kehidupan kita, ini bukanlah alasan untuk menyerah kalah dalam merancang masa depan. 

 

"Tidak ada “masa yang baik” dalam melakukan sesuatu, apatah lagi membeli pelan insurans. Perbezaannya ialah memilih untuk membeli insurans hayat mampu dan boleh mengubah masa depan keluarga anda ke arah yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Allianz 1Cover

 

Allianz 1Cover ialah pelan hayat mampu milik untuk tempoh 30 tahun  yang ditawarkan kepada mereka yang berumur antara 16 hingga 45 tahun dengan pilihan jumlah yang diinsuranskan iaitu RM50,000, RM100,000, atau RM200,000.

 

Pelan berkenaan berharga serendah RM0.85 sehari.

 

Perlindungan manfaat kematian merangkumi jumlah sehingga jumlah yang diinsuranskan untuk kematian sekali gus (bukan kemalangan), dua kali ganda jumlah yang diinsuranskan untuk kematian kemalangan, dan tiga kali ganda jumlah yang diinsuranskan untuk kematian kemalangan ketika di dalam pengangkutan awam, atau di dalam lif atau di dalam bangunan awam yang sedang terbakar.

 

Manfaat kematian akibat kemalangan akan dibayar sebelum hari lahir yang ke-70 orang yang diinsuranskan. 

 

Selepas itu, jumlah yang diinsuranskan sekali gus akan dibayar untuk kematian akibat kemalangan sehingga tamat tempoh perlindungan.

 

 


Allianz BolehCover

 

Allianz BolehCover menawarkan individu berusia antara 46 dan 70 tahun dengan sebuah pelan insurans yang mampu milik yang boleh melindungi mereka di hari tua, sehingga usia 100 tahun.

 

Mereka masih boleh dilindungi dengan Allianz BolehCover, jika mereka mempunyai sejarah kesihatan dengan tiada persoalan kesihatan ditanyakan, dan tiada pemeriksaan kesihatan.

 

Jelas Ooi, dengan peningkatan usia, keinginan untuk menyediakan keselamatan kewangan sangat diperlukan terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan.

 

“Dengan peningkatan usia, keinginan untuk menyediakan keselamatan kewangan  sangat difahami, terutamanya jika anda mempunyai masalah kesihatan.

 

"Allianz BolehCover akan membayar jumlah yang diinsuranskan untuk kematian sekali gus sehingga usia 100 tahun dan dua kali ganda Jumlah yang diinsuranskan jika kematian akibat kemalangan terjadi sebelum orang yang diinsuranskan berumur 71 tahun. 

 

"Selain itu, jumlah yang diinsuranskan yang penuh akan dibayar sejurus kematangan polisi pada usia 100 tahun dan sama seperti Allianz 1Cover, ia juga menawarkan premium yang dijamin dan mampu milik sepanjang tempoh perlindungan," jelas Ooi lagi. - DagangNews.com