Allianz Motorcycle Plus lindungi motosikal bawah 245cc | DagangNews Skip to main content

Allianz Motorcycle Plus lindungi motosikal bawah 245cc

Horst Habbig

 

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH 
arief@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 22 Julai - Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menawarkan perlindungan besar pertama kepada pemilik motosikal melalui polisi Allianz Motorcycle Plus.

Polisi tersebut memberi perlindungan kepada pemilik motosikal di bawah 245cc tanpa sebarang bayaran tambahan.

Ketua Pegawai Jualan Allianz General, Horst Habbig berkata, polisi baharu ini meliputi perlindungan ke atas motosikal dan juga penunggang.

"Apa yang kami tawarkan kepada pelanggan ialah perlindungan tambahan tanpa bayaran tambahan kerana apa yang penting ialah menyediakan perlindungan yang betul-betul akan membawa perubahan dalam kehidupan rakyat Malaysia.

"Jika seseorang perlu melindungi penungggang kapcai, biarlah kami yang melakukannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Allianz Motorcycle Plus
ALLIANZ MOTORCYCLE PLUS

 

Mula dilancarkan pada April tahun lalu, Allianz Motorcycle Plus memberi perlindungan asas melibatkan kerugian dan kerosakan pada motosikal akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian; kematian pihak ketiga dan kecederaan badan termasuk kerugian atau kerosakan pihak ketiga.

Dalam pada itu, penunggang juga akan diberi perlindungan tambahan melalui dua kategori iaitu perlindungan komprehensif dan pihak ketiga.

Jelas Habbig, sekiranya memilih perlidungan komprihensif, penunggang layak untuk mendapat Perlidungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (kematian dan cacat kakal), Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (hingga 60 hari), dan Perlindungan Jumlah Diinsuranskan Sepenuhnya Peril Khas (banjir, tanah runtuh atau bencana alam lain).

Manakala bagi mereka yang memilih perlindungan pihak ketiga, penunggang layak menerima Perlindungan Kemalangan sebanyak RM5,000 (kematian dan cacat kekal) serta Pendapatan Hospital sebanyak RM50 sehari (hingga 60 hari) tanpa bayaran premium tambahan.

"Sebanyak 720,000 polisi Allianz Motorcycle Plus berjaya dijual antara bulan Mei 2019 hingga Mei 2020.

"Rakyat Malaysia sangat arif dan mereka tahu membuat penilaian. Meskipun penularan wabak COVID-19 telah mengubah cara masyarakat berfikir, mereka masih mencari perlindungan yang berkualiti. Ini akan memudahkan lagi tugas kami untuk terus menyediakan produk pada harga berpatutan dengan perlindungan yang terbaik," tambahnya. - DagangNews.com