Skip to main content
DagangNews.com
Kolum Apa Kata Media Cina - 30 October 2021

MEMBANTU YANG LEMAH

 

Nanyang Siang Pao, 10 Oktober 2021

 

KEBELAKANGAN ini, beberapa dasar berkaitan dengan ekuiti Bumiputera telah menjadi isu kontroversi di dalam media sosial.

 

Antaranya pengumuman kerajaan berhubung penyertaan ekuiti Bumiputera sebanyak 51% dalam syarikat industri logistik tempatan sebagai syarat pembaharuan lesen.

 

Begitu juga dengan kerangka jaringan keselamatan ekuiti Bumiputera yang diusulkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

 

Ramai yang berpendapat, negara kita bukan sahaja gagal meningkatkan daya saing global sebaliknya berundur semula ke arah perkauman.

 

Slogan “Keluarga Malaysia” yang diketengahkan oleh PM baru, separuh adalah menyerupai konsep “Satu Malaysia” bekas PM, Najib Tun Razak.

 

Sejak penularan wabak, tiada negara yang bernasib baik sama ada negara maju atau kecil, ekonomi dan rakyat berdepan dengan keadaan yang sangat buruk.

 

Ramai pemimpin negara telah mencuba segala cara untuk menyokong ekonomi dan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat. Maka dalam masa yang sukar ini, kredibiliti pemimpin negara akan terpamer dengan jelas.

 

PM

 

Dalam RMK12 dan Belanjawan 2022 memberi peluang kepada pemimpin untuk menunjukkan kemampuan dan kebijaksanaan mereka.

 

Ramai ahli ekonomi mengatakan bahawa penularan wabak adalah masa yang sesuai untuk “The Great Reset”.

 

Sekiranya ekonomi pulih, maka semua bebanan yang lalu perlu ditinggalkan dan menyelaraskan semula dasar ekonomi untuk menghadapi masa depan.

 

Pada tahun 1969 selepas peristiwa 13 Mei, PM pada masa itu telah mencadangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

 

Sebuah dasar yang perlu kerajaan rangka untuk menstabilkan rusuhan kaum demi menjaga keamanan masyarakat.

 

Dasar ini kekal selama 50 tahun, meskipun selepas tahun 1990 dikemaskini dengan nama yang berbeza seperti Dasar Pembangunan Nasional dan Model Ekonomi Baru, namun intipatinya tetap sama.

 

50 tahun telah berlalu dan keadaan hari ini adalah berbeza. Sehingga tahun 2019, nisbah pegangan ekuiti Bumiputera hanya 17.2%, bukan Bumiputera 25%, pelaburan asing 45.5% manakala selebihnya 12.3% dipegang oleh penama.

 

Berbanding tahun 1970, ekuiti Bumiputera hanya 2.4%. Tinjauan Bank Pembangunan Asia 2018 (ADB) menunjukkan bahawa nisbah pegangan ekuiti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) merangkumi separuh daripada syarikat yang tersenarai dalam Indeks Komposit Kuala Lumpur dan menguasai tujuh daripada 10 syarikat tersenarai teratas.

 

 

Prof. Dr Edmund Terence Gomez
Prof. Dr Edmund Terence Gomez

 

 

Hasil kajian Prof. Dr Edmund Terence Gomez juga menunjukkan bahawa tujuh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) menguasai keseluruhan hampir 68,000 syarikat.

 

Bukan itu sahaja tujuh syarikat ini memiliki kuasa kawalan terhadap 35 buah syarikat tersenarai dan secara tidak langsung memegang 42% daripada jumlah nilai pasaran saham Malaysia.

 

Sekiranya sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan kadar pegangan ekuiti Bumiputera kepada 30%, data di atas cukup membuktikan bahawa kadar pegangan sebenar adalah lebih tinggi daripada data rasmi.

 

Adakah negara masih mempunyai harapan? Peruntukan RM400 bilion dalam RMK12, kerajaan cuba memberi fokus kepada transformasi berteknologi tinggi untuk membawa negara mencapai matlamat negara maju.

 

Sejujurnya perjalanan ini adalah sangat sukar, lebih-lebih lagi apabila negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam semakin membangun.

 

Berjaya atau tidak transfomasi negara adalah bergantung kepada kesatuan rakyat dan bekerjasama tanpa mengira siapa pun anda!

 

Rencana ini disiarkan di dalam akhbar Nanyang Siang Pao, 10 Okt 2021 dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang pernah bertugas di pelbagai jabatan kerajaan sebagai penterjemah, khususnya Bahasa Mandarin. - DagangNews.com

 

 

Portfolio Tags