Skip to main content
Kolum DEWI - 25 June 2021

Anda mesti memahami fungsi pengurusan kebolehan semulajadi

 

 

JADIKAN diri sendiri faham mengenai apakah fungsi utama pengurusan kebolehan semulajadi? Merancang dengan melihat keberkesanan kebolehan semulajadi yang ada di dalam diri sendiri, kenal pasti susunan tugasan atas kebolehan semulajadi sendiri  dan melaksanakan keunikan kebolehan semulajadi diri sendiri justeru mengawal keberkesanan kebolehan semulajadi sendiri.

 

Persoalannya kenapa mesti perlu ada pengurusan kebolehan semulajadi di dalam diri sendiri? dan adakah ianya perlu dilakukan? Pastinya tindakan tersebut hendaklah dilakukan dengan mengenalpasti kebolehan semulajadi ini dapat meningkatkan nilai keperibadian iaitu memastikan kekuatan dan kelemahan diri sendiri, apabila sudah mengetahui apakan dapatan tersebut ianya akan disusuli dengan menambahkan pelbagai capaian pengetahuan, dimana tindakan mesti diambil bagi memberi satu nilai kepercayaan terhadap diri sendiri dengan iringan persoalan adakah kebolehan semulajadi yang dimiliki itu mempunyai kuasa dan kekuatan di dalam diri sendiri?

 

Dengan keadaan semasa ini banyak persoalan timbul, bagaimanakah para remaja kini menyatakan senarai semak kualiti peribadi sendiri harus dimulakan dengan penyataan asas mengenai tindakan atau susunatur itu perlu dilaksanakan, diamalkan atau hanya dibiarkan begitu saja.

 

Kenapa mesti diolahkan kepada para remaja, mereka merangkumi golongan yang sedang berusaha untuk mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Sebagaimana diketahui perubahan akan kerap berlaku kepada golongan ini kerana mereka melalui satu aliran perubahan yang menjadi terlalu drastik dan mestinya ianya dipengaruhi oleh keadaan semasa.

 

Bagaimana dengan keadaan terkini adakah mereka bersedia atau masih terasa sudah bersedia tetapi langsung tidak mengetahui apakah telah berlaku terhadap kehidupan semasa. Perubahan itu satu keadaan tidak akan terhenti atau dapat diberhentikan kerana sejak azali telah dinyatakan bahawa perubahan adalah jentera dimana ianya dapat mengubah amalan dan kepercayaan jiwa seseorang maka sekiranya perubahan itu dilandaskan berdasarkan ‘contohi’ orang lain tanpa mengetahui ‘siapa diri sendiri’ keberhasilan mungkin tidak setimpal sebagaimana diperlukan atau keberhasilan akan mengakibatkan para remaja itu bangga dengan perubahan tidak berasas,   justeru pengamalan tanpa panduan dilaksanakan tanpa henti dan sudah pasti kekecewa berlaku atas tindakan tidak mahu berusaha menyusunatur kebolehan semulajadi diri sendiri.

 

Tindakan dengan mencari apakah fungsi yang diperlukan bagi menguruskan keberkesanan kepada kebolehan semulajadi diri sendiri itu gagal. Contoh Senarai  semak kualiti peribadi para graduan ini dapat digunakan untuk menggunakan senarai semak kualiti peribadi sendiri dengan menggunakan jadual ini ianya dapat menyatakan adakah keadaan individu tersebut diwaktu ini didalam keadaan  teratur untuk menyusun kualiti peribadi diri sendiri?

 

dewi

 

Sembahyang: setiap individu ianya mempunyai agama yang berbeza maka setiap agama mempunyai amalan atau peraturan harian  perlu dilaksanakan kerana ianya melibatkan etika individu dan bertanggungjawab terhadap agama yang dianuti.

 

Aktiviti: apakah aktiviti dilaksanakan atau dilakukan dalam kehidupan harian.

 

Kegagalan:  adakah diri ada memastikan apakah jenis kegagalan yang dihadapi pada hari tersebut. Adakah kegagalan tersebut disenaraikan dan dijadikan panduan, atau kegagalan itu digariskan sebagai panduan atau membiarkan kegagalan itu berlalu begitu saja. Namun pasti setiap kegagalan dibiarkan begitu saja tanpa nokta,  kegagalan pasti kembali semula dan individu lebih keliru atau tidak yakin untuk menyelesaikan masalah yang pernah ada satu masa dulu.

 

Tanggungjawab untuk diri sendiri:  adakah kita bertanggungjawab terhadap diri sendiri atau kita lebih rasa bertanggungjawab kepada mereka yang lain?

 

Berpakaian dan berkasut bersih: apabila berpakaian bersih biarpun dimana berada ianya dapat dinyatakan bahawa diri ini amat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, dan bagaimana pula bila dinyatakan berkasut bersih? Kasut letaknya di kaki dan ada yang berfikiran bila terletak dikaki tidak perlu dibersihkan atau hanya untuk dipakai, kenapa para anggota keselamatan amat menjaga kebersihan kasut yang di pakai, mereka menyatakan ini adalah satu tindakan simbolik iaitu Langkah amanah dan tegas itu perlu dilaksanakan kerana setiap Langkah yang bersih dan yakin akan mencetuskan satu semangat teguh untuk diri sendiri.

 

Kumpulan: adakah mempunyai dan melibatkan kumpulan di dalam merancang dan merencanakan sesuatu aktiviti

 

Bagaimana sekiranya jadual Drdtaj4000/PQC:Personal Quality Checklist/ Pengurusan Bakat melalui pembangunan peribadi ini didapati dalam contoh jawapan ini oleh seorang  remaja: Tanda ‘x’ menyatakan tiada tindakan dilaksanakan, Tanda ‘ /’ menyatakan ada tindakan dilaksanakan.

 

 

dewi

 

 

Andaian dapatan seperti berikut dalam tempoh seminggu:

  1. Dalam tempoh seminggu tidak ada amalan agama dilaksanakan: Sekiranya tidak ada amalan agama sebagai contoh tidak ada sembahyang dilakukan di dalam tempoh seminggu,   ini dapat dinyatakan individu ini tidak mempunyai panduan lengkap terhadap perlaksaan tanggungjawab beragama.
     
  2. Aktiviti hanya dilaksanakan pada hari khamis dan ahad ; aktiviti hanya dilaksanakan dua kali seminggu, keberkesanan aktiviti tersebut dapat dinyatakan berdasarkan apakah jenis aktiviti yang sudah dilaksanakan. Jenis aktiviti itu amat jelas menjadi satu panduan lengkap dalam menyatakan amalan semasa.
     
  3. Tidak berminat memastikan kegagalan yang dihadapi dan biarkan begitu saja: tanda individu ini seorang yang tidak mahu menjadikan kegagalan itu sebagai panduan untuk tekad seterusnya.
     
  4. Persoalan mengenai bertanggungjawab itu tidak wujud: individu jelas tidak mengenali diri sendiri.
     
  5. Dikategorikan tidak berpakaian bersih kerana pakai pakaian semalam hingga ke tengahari atau ke petang hari kerana berada di rumah: menyatakan bahawa individu ini tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan mempunyai satu arah pembentukan peribadi yang gagal.
     
  6. Tidak melibatkan kumpulan atau para kawan dalam berkongsi aktiviti harian: sesi komunikasi secara langsung ini tidak dijadikan amalan baik maka individu mempunyai masalah kepada merealisasikan hubungan sesama terutama kepada nilai kerjasama sesama individu.

     

Bagaimanakah sekiranya andaian keputusan nilai asas ini sebagai seorang individu dalam tempoh seminggu dan sekiranya capaian dalam tempoh sebulan tidak ada peningkatan maka pasti jelas peningkatan untuk bacaan tahunan ia merosot, kelahiran individu berkualiti itu tidak ada atau merosot.

 

Masyarakat sekelian bakal berhadapan permasalahan kekurangan individu mempunyai nilai berkualiti. Perlaksanaan bentuk perubahan tanpa panduan asas dan penceritaan terperinci bakal menjadikan lantikan kepada pemimpin akan datang adalah hanya datang daripada hasil undian nama dan bukannya daripada qualiti peribadi dan amalan etika terbaik kepada pengurusan kebolehan semulajadi.

 

Cuba dan Fahami

‘Jawapan yang diperolehi menyatakan siapakah diri sendiri? dan Berusahalah untuk kekalkan kehebatan justeru Carilah penyelesaian sekiranya gagal’

 

Berikut diberikan soalan untuk mengukur diri sendiri dalam menilai keatas pemahaman kebolehan semulajadi diri sendiri, ubahan penyataan perkataan ada dilakukan bagi penyesuaian dengan keadaan edaran soalan.

 

Drdtaj4000/PBA/Pengurusan Bakat melalui penbangunan peribadi : Penilaian Kebolehan Semulajadi anda

 

dewi

Jawapan ‘ya’ bertanda sebanyak (6-10) anda faham tentang kebolehan semulajadi diri sendiri.

Jawapan’tidak’ bertanda sebanyak (6-10) anda tidak faham mengenai kebolehan semulajadi diri sendiri.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

  1. 6 perkara untuk tahu anda ada bakat atau tidak:

  2. Lawan COVID-19 kita semua kena kerjasama!
     
  3. Hargai warisan pakaian tradisional, bukan perlekeh
     
  4. Kaedah komunikasi untuk individu yang degil patuhi SOP COVID-19
     
  5. COVID-19: Kita sudah terbiasa dengan angka besar? Tapi apa kita buat?
     
  6. Ingkar SOP petunjuk jelas isu ego individu di zaman COVID-19
     
  7. Sesi motivasi diperlukan bagi pekerja yang berubah sikap akibat COVID-19
     
  8. Dunia online menghakis kehebatan nilai bakat individu
     
  9. Formula huraikan isu individu dalam mematuhi SOP COVID-19
     
  10. Menilai pemimpin beradat, beradab dan mulia hati
     
  11. Tidak perlu berstatus bergaji untuk miliki prestasi kerja
     
  12. Budaya organisasi perlukan kejujuran pengurusan dengan kakitangan
     
  13. Pentingnya anda memiliki garis panduan menilai prestasi diri sendiri
     
  14. Lagu sebagai instrumen komunikasi maka jangan sumbang
     
  15. Kaedah menangani impak COVID-19 bagi memberi motivasi bekerja
     
  16. Adakah tindakan dan amalan anda telah memahami nilai etika?
     
  17. FAHAMI  RUKUN NEGARA MALAYSIA
  18. Apa yang penting? KERJASAMA !

  19. AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

  20. Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup
  21. Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

  22. TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK
     
  23. Golongan belia hamba kepada hutang
     
  24. Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak
     
  25. Pertahankan amalan berbudi bahasa
     
  26. Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?
     
  27. Usahawan wanita perlu peka etika berniaga
     
  28. BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?
     
  29. Kaum hawa semakin tidak beradab?
     
  30. ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?
     
  31. Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi
     
  32. The benefits of knowing your own talent
     
  33. Understanding `talent' in achieving goals of an organisation
     
  34. Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

Portfolio Tags