Aneka Jaringan terima LOA daripada 59 INC bagi projek pembangunan bercampur bernilai RM46 juta | DagangNews Skip to main content

Aneka Jaringan terima LOA daripada 59 INC bagi projek pembangunan bercampur bernilai RM46 juta

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 12 Sept - Aneka Jaringan Holdings Berhad menerusi anak syarikatnya, Aneka Jaringan Sdn. Bhd. telah menerima surat anugerah (LOA) daripada 59 INC Sdn. Bhd. bagi menjadi kontraktor untuk menjalankan kerja cerucuk dan substruktur bernilai RM46 juta.

 

Projek berkenaan melibatkan cadangan membina dah menyiapkan pembangunan bercampur dua blok pangsapuri servis (A dan B) termasuk 50 unit rumah mampu milik bagi Fasa 1A, podium lapan tingkat untuk tempat letak kenderaan, tempat letak kereta bawah tanah dan 87 unit ruang perniagaan serta kemudahan lain.

 

Mereka juga perlu menyiapkan pembangunan Fasa 1B melibatkan dua blok pangsapuri servis (C dan D) di atas Lot PT 10215, Jalan Air Keroh, Setapak.

 

"Projek pembangunan itu akan bermula pada 3 Oktober 2022 dan siap pada 2 Julai 2023 (Blok A dan B) serta 2 November 2023 (Blok C, D dan keseluruhan)," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kontrak itu bagaimanapun tidak memberi sebarang kesan kepada modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

 

"Bagaimanapun, kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada perolehan disatukan dan aset bersih kumpulan itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogis 2023 dan 31 Ogos 2024," katanya.

 

Syarikat itu bagaimanapun tidak melihat sebarang risiko tambahan lain berbanding risiko operasi yang berkaitan kontrak dan syarikat akan mengambil langkah sebaik mungkin untuk mengatasi sebarang risiko. - DagangNews.com