"Mahal...lah" merancang harta melalui syarikat amanah! | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Anekdot Mawarith - 29 March 2023
WasiyyahShoppe

“MAHAL...LAH” MERANCANG HARTA MELALUI SYARIKAT AMANAH!

 

 

DI luar sana bila kita mahu merancang harta, kita ada pilihan untuk menggunakan perkhidmatan syarikat amanah, syarikat berstatus sdn bhd ataupun individu.

 

Tiada undang-undang ketika ini yang mewajibkan anda merancang harta hanya melalui syarikat amanah yang berbidang kuasa seperti Wasiyyah Shoppe Berhad.

 

Kenapa jika dibandingkan daripada segi kos, merancang harta melalui syarikat amanah lebih mahal? Ini soalan yang juga masyarakat tanyakan kepada saya.

 

Minggu lepas saya sudah menghuraikan aspek perundangan dan tadbir urus korporat kenapa menggunakan perkhidmatan syarikat amanah adalah lebih baik dari syarikat sdn bhd atau individu. Minggu ini saya akan ulas dari sudut kos.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa lebih baik merancang harta melalui syarikat amanah

 

Benarkah begitu? Adakah kos ini membayar kepada syarikat amanah menyebabkan masyarakat rugi?

 

Saya akan menjawab soalan ini daripada perspektif Wasiyyah Shoppe Berhad sahaja. Jawapan saya ini tidak boleh dianggap mewakili syarikat amanah yang lain kerana falsafah dan kaedah operasi setiap syarikat amanah adalah berbeza walaupun kami semua tertakluk di bawah akta yang sama iaitu Akta Syarikat Amanah 1949 (Akta 100).


 

WasiyyahShoppe

 


Wasiyyah Shoppe Berhad telah beroperasi selama 19 tahun. Di Wasiyyah Shoppe Berhad, apabila kami ingin memperkenalkan sesuatu perkhidmatan, kami akan memberi geran kepada universiti untuk melakukan penyelidikan ilmiah berkaitan topik berkenaan.

 

Kebiasaannya penyelidikan ini memakan masa beberapa bulan dan ada yang berlanjutan sehingga setahun kerana kompleksiti subjek yang diselidik.

 

Selepas memperoleh dapatan daripada penyelidikan itu, pasukan penyelidik akan membentangkannya di hadapan tujuh orang Panel Syariah kami yang setiap orang mempunyai di antara 20 hingga 40 tahun pengalaman di dalam industri perancangan harta secara syariah, kehakiman syariah dan pentadbiran harta pusaka (Boleh rujuk laman web kami bagi mengetahui siapa mereka ).

 

Selepas dibahaskan, input-input untuk penambahbaikan juga akan diberikan oleh Panel Syariah pada peringkat ini. Mesyuarat ini kebiasaannya akan berlangsung di antara 4 hingga 6 jam.

 

Pihak pengurusan seterusnya akan mencadangkan kepada Panel Syariah bentuk perkhidmatan yang ingin dibangunkan berdasarkan dapatan penyelidikan dan input-input mereka.

 

Selepas dipersetujui secara konsep oleh Panel Syariah, kami kemudiannya memanggil muzakarah isu-isu kontemporari perancangan harta bagi membentangkan cadangan perkhidmatan ini.

 

Selain daripada Panel Syariah Wasiyyah Shoppe Berhad, muzakarah ini juga dihadiri oleh pakar dan autoriti di dalam bidang pentadbiran harta pusaka dan perancangan harta secara Syariah dari seluruh Malaysia.

 

Di dalam muzakarah sepanjang dua hari ini kami akan membentangkan cadangan perkhidmatan dan hujah-hujah ilmiah kepada perkhidmatan itu.


 

parafrasa

 


Pakar-pakar ini akan mengulas dan memberi komen daripada perspektif perundangan sivil dan syariah mengenai kewajaran aspek teknikal perkhidmatan yang ingin kami bangunkan.

 

Mereka juga akan memberi cadangan apa lagi yang perlu diperbaiki supaya memastikan perkhidmatan ini patuh hukum syarak sepenuhnya dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia.

 

Pulang dari muzakarah ini, pihak pengurusan akan menambahbaik cadangan perkhidmatan berdasarkan input-input yang diterima.

 

Kemudiannya, sekali lagi pembentangan akan dibuat kepada Panel Syariah untuk cadangan akhir perkhidmatan baru berkenaan.

 

Hanya selepas Panel Syariah berpuas hati tentang aspek teknikal perkhidmatan ini dan memberikan kelulusan, barulah Wasiyyah Shoppe Berhad akan memulakan proses pengenalan perkhidmatan ini kepada masyarakat.

 

Proses ini dimulai dengan pembangunan sistem yang akan digunakan bagi menyokong pengenalan perkhidmatan ini.

 

Proses ini akan melibatkan jurutera sistem dan keseluruhan jabatan di dalam syarikat. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa sehingga 6 bulan.

 

Lembaga Pengarah juga dimaklumkan mengenai pengenalan perkhidmatan baru ini.  

 

Daripada peringkat pengenalan cadangan perkhidmatan sehinggalah ia benar-benar digunakan oleh masyarakat, secara puratanya kami mengambil masa di antara 6-18 bulan.


 

WasiyyahShoppe
Wasiyyah Shoppe menjalin kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang perancang harta pada Mac 2022.

 


Dari tahun 2004 sehingga sekarang, Wasiyyah Shoppe Berhad telah berbelanja lebih dari RM2 juta untuk semua melalui semua proses pembangunan perkhidmatan ini.

 

Kami tidak membangunkan perkhidmatan ini berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi semata-mata atau diciplak dari syarikat lain.

 

Pembangunan perkhidmatan kami melalui satu disiplin ilmu yang sangat ketat dan kerana itu Wasiyyah Shoppe Berhad memegang reputasi sebagai peneraju di dalam industri perancangan harta secara syariah di Malaysia.

 

Masyarakat boleh menggunakan perkhidmatan kami dengan yakin kerana kepatuhan syariahnya terjamin. Lebih penting lagi ialah kerana ada jaminan juga bahawa hasrat ini akan terlaksana kerana ia juga selari dengan undang-undang di Malaysia.

 

Bukankah apabila kita merancang harta, objektif utama kita ialah untuk memastikan perancangan harta itu patuh syariah dan hasrat kita tercapai?

 

Jika ini objektif anda, maka Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan kedua-duanya selain daripada jaminan kelangsungan perkhidmatan seperti yang saya ceritakan di dalam artikel yang lepas.    

 

Namun pastinya anda mempunyai pilihan untuk membuat perancangan harta anda. Bagi mendapatkan perkhidmatan lebih murah, saya tahu masyarakat juga boleh memilih menggunakan syarikat sdn bhd ataupun individu yang tumbuh bagi cendawan di dalam industri.

 

Secara umumnya saya tahu mereka menawarkan perkhidmatan hampir sama dengan kami ( kerana sebahagian mereka pernah bekerja dengan kami ) pada kos yang jauh lebih murah.

 

Namun anda perlu tanya soalan ini kepada diri sendiri secara jujur:

 

  • Adakah syarikat sdn bhd ataupun individu berkenaan mempunyai disiplin ilmiah yang serupa atau adakah perkhidmatan mereka diciplak atau tangkap muat semata-mata berdasarkan pandangan peribadi sahaja?

 

  • Adakah mereka mempunyai Panel Syariah profesional yang berpengalaman dan berautoriti untuk menasihati mereka?

 

  • Apa pula jaminan bahawa segala perkhidmatan mereka itu patuh hukum syarak sepenuhnya dan boleh dikuatkuasakan mengikut undang-undang Malaysia?

 

  • Adakah  mereka mempunyai trek rekod untuk perkhidmatan yang diberikan?

 

  • Apa pula jaminan apabila anda mati kelak, syarikat sdn bhd atau individu ini masih wujud atau masih hidup untuk membantu waris anda melalui segala proses perundangan yang berkaitan atau adakah waris anda akan terkapai-kapai sendirian dan kekeliruan memikirkan apa yang perlu mereka lalui?

 

  • Anda telah merancang harta dan mempunyai dokumen untuk tujuan itu tapi siapakah yang akan membantu waris anda ?

 

Ya anda boleh membuat pilihan mudah dengan membayar murah untuk perkhidmatan ini namun kerana kita merancang harta ini untuk manfaat waris dalam jangka panjang dan diri sendiri selepas kematian. Bukankah lebih wajar anda memastikan semua jaminan-jaminan yang saya sebut di atas dapat diberikan oleh penyedia perkhidmatan?

 

Jika pilihan anda menyebabkan waris terkapai-kapai dari segi proses perundangan tanpa bimbingan dan bantuan serta dokumen itu tidak boleh dikuatkuasakan kerana ada kecacatan dari segi hukum syarak dan undang-undang semasa, baik anda simpan sahaja duit anda.

 

Jangan dibazirkan walaupun kosnya murah! Renung-renungkan. Pilihan pastinya di tangan anda.     

 

 

ariffinsabirin
Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas & CEO Wasiyyah Shoppe Bhd
parafrasa

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

Portfolio Tags