Anugerah Pereka Muda Asia tawar AS$10,000 & pengajian di Harvard | DagangNews Skip to main content

Anugerah Pereka Muda Asia tawar AS$10,000 & pengajian di Harvard

Asia Young Designer Awards

KUALA LUMPUR Jun – Dianjurkan oleh Nippon Paint, Anugerah Pereka Muda Asia (AYDA), bakal menyaksikan penganjuran untuk tahun ke-13 memperkuatkan pereka muda, berbakar besar untuk menjadi ejen perubahan dengan mencipta impak positif, menerusi reka bentuk, di dalam komuniti mereka. 

Diadakan secara tahunan, peserta pelajar harus melalui proses pemilihan yang ketat untuk mewakili negara masing-masing bagi merebut mahkota Pereka Muda Asia tahun 2019/20 di peringkat antarabangsa. Di sebalik berlakunya Covid-19, AYDA masih mampu digerakkan untuk terus menyemai bakat pereka-pereka demi masa hadapan yang lebih baik.

Tahun lalu, jurutera Tanay Bothara dari India meraih emas di dalam Kategori Seni Bina dengan projek memenangi anugerah yang menyaksikan beliau dapat menghadiri Program Penerokaan Rekaan di Harvard University Graduate School of Design selama enam minggu; keseluruhan pengalaman bernilai AS$10,000 yang ditaja sepenuhnya oleh Nippon Paint, sebagai sebahagian daripada hadiah kemenangan, dan pastinya menjadi rebutan ramai bila AYDA diadakan pada Julai ini.

Tanay mencapai impiannya berikutan pencapaian emas beliau pada  AYDA 2018/19 – dan dapat menjejak kaki ke Harvard University’s Graduate School of Design untuk mengikuti Program Penerokaan Rekaan. 

“Semasa saya di Harvard University’s GSD, saya berpeluang mereka bentuk projek pusat masyarakat yang unik, yang memberikan saya ilmu daripada pakar-pakar reka bentuk dari seluruh dunia. Ia adalah peluang pembelajaran yang hebat dan saya gembira perjalanan saya membawa saya ke sana. Saya menggalakkan para pelajar untuk mengambil bahagian di dalam AYDA untuk dapat merasai pengalaman yang saya lalui. Hanya yang perlu ada ialah keberanian untuk menyertai peraduan itu, dengan pengetahuan bahawa anda tidak akan rugi apa-apa tetapi boleh meraih banyak daripadanya,’’ kata Tanay Bothara, Pereka Muda Asia Tahun 2018/19 (Kategori Seni Bina).

AYDA 2018/19 menyaksikan Tanay menyalurkan gagasan kemanusian dengan projek memenangi anugerahnya “Children Uprooted”. Arkitek ini meraih matlamat peribadinya untuk melakukan sumbangan bermakna yang akan memberi impak positif kepada manusia di seluruh dunia menerusi pemaparan aspek kehilangan zaman kanak-kanak dalam kalangan anak-anak pelarian Syria di mana beliau menggunakan ruang yang terjejas teruk akibat perang, bertukar menjadi taman permainan dan meneguhkan warna, kemesraan dan kebiasaan di dalam proses kesedaran sosial.

Pada 2018, Nippon Pait mengumumkan penubuhan Dana Felo Gennosuke Obata di Harvard GSD – sebuah dana yang menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar GSD dari negara-negara Asia sejak dua tahun lalu. Perkongsian ini membawa satu program tambahan yang merupakan ganjaran bagi Pemenang Serantau AYDA untuk selama pengalaman enam minggu yang ditanggung sepenuhnya di universiti terkemuka. Nippon Paint menjalin hubungan dengan alumni Harvard GSD di seluruh dunia untuk membuka jalan bagi mengadakan lebih banyak kolaborasi antara universiti terkemuka itu dengan AYDA.

Sejak dimulakan, AYDA telah berhubung dengan ratusan ahli-ahli profesional industri di Asia Pasifik untuk membimbing peserta pelajar dan mendedahkan mereka dengan pengetahuan langsung di dalam industri. Para peserta juga akan menerima tunjuk ajar dan menghadiri bengkel-bengkel pembinaan kemahiran bagi mempersiapkan mereka dengan pertandingan maya yang akan diadakan pada 8 dan 9 Julai tahun ini, di mana peserta finalis akan mempersembahkan hasil kerja terbaik mereka kepada panel hakim untuk dinilai sebagai Pereka Muda Asia Terbaik 2019/20.

“Nippon Paint mengilhamkan AYDA sebagai sebahagian daripada projek perniagaan inklusif jenama ini untuk memperkasa dan membimbing arkitek dan pereka dalaman berbakat di seluruh Asia dan kami sangat berbangga dapat mempersembahkan himpunan bakat-bakat yang kami asah sepanjang penganjuran AYDA. Susulan tema Masa Hadapan Lestari 2019 yang menyaksikan pereka berbakat menzahirkan masa hadapan lestari, kami mengalu-alukan penyertaan bagi tema Reka Bentuk Bertumpu Kepada Manusia 2020,’’ kata Wee Siew Kim, CEO Kumpulan NIPSEA Management Company Pte. Ltd. (Subsidiari Nippon Paint Holdings Co.)

Di sebalik merebaknya Covid-19 dan langkah-langkah keselamatan di minda, Nippon Paint menganjurkan anugerah tahun ini secara maya yang dihadiri oleh panel hakim antarabangsa dan peserta finalis mewakili negara masing-masing bagi kejuaraan kategori utama AYDA. Acara ini akan menyaksikan peserta finalis mempersembahkan hasil tugasan memenangi anugerah mereka kepada panel hakim di dalam Kategori Reka Bentuk Dalaman dan Kategori Seni Bina, masing-masingnya pada 8 dan 9 Julai. Peserta finalis akan menjawab soalan di dalam sesi 10 minit dengan para hakim dan dua daripada 26 finalis akan diumumkan juara bagi setiap kategori tersebut.

Inisiatif oleh Nippon Paint ini akan juga menyaksikan webinar antarabangsa di mana para profesional dari industri dan pereka muda boleh meraih pengetahuan dan bakat mereka.

Sejak diperkenalkan pada 2008, AYDA telah berkembang dengan pesat – memperoleh lebih daripada 35,000 penyertaan dari lebih 1,200 pusat pendidikan tinggi di keseluruhan 15 lokasi geografi yang mengiktiraf Pereka Muda Asia di seluruh dunia dan juga menawarkan hadiah-hadiah saguhati di dalam setiap kategori: 

  • Anugerah Warna Nippon Paint – AS$1k
  • Anugerah Reka Bentuk Berimpak Terbaik – AS$1k
  • Anugerah Reka Bentuk Lestari Terbaik – AS$1k

AYDA mengalu-alukan semua permohonan dan mereka yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Untuk maklumat lanjut, sila lawat https://www.asiayoungdesignerawards.com/.