Cabaran Malaysia MADANI dari kaca mata akhbar Cina | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 12 June 2023

CABARAN MALAYSIA MADANI DARI KACA MATA AKHBAR CINA

 

 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘sekali lagi’ mempromosikan konsep ‘Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 19 Januari 2023. Slogan ini telah menjadi panduan Anwar dan Kerajaan Perpaduan pimpinannya dalam mentadbir negara.

 

Kenapa dikatakan ‘sekali lagi’ mempromosikan Malaysia Madani? Sebenarnya, konsep Madani ini adalah idea yang amat diminati Anwar seawall tahun 1970-an Ketika masih menuntut di university. Beliau juga merupakan orang yang pertama kali mencipta istilah ‘Masyarakat Madani’ pada 1990-an.

 

Pada 2 Oktober 2022, Anwar telah menyusun konsep ini ke dalam sebuah buku iaitu ‘Membangun Negara Madani’, terjemahan Bahasa Cina – ‘Membangun Negara Masyarakat Madani’, manakala versi Inggeris pula ‘Script For A Better Malaysia’. ‘Madani’ dan ‘Script’ ialah singkatan yang mewakili 6 prinsip dalam buku: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, nilai hormat, keyakinan dan ihsan.

 

 

tnb

 

 

Apabila buku ini diperkenalkan, ia tidak menimbulkan banyak reaksi. Namun, kini Anwar telah berjaya menjadi PM. Mengapa beliau perlu mempromosikan ‘semula’ konsep Malaysia Madani?

 

Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2018, Ketika itu beliau menjadi calon PM Pakatan Harapan dan menunggu untuk mengambil alih takhta. Tetapi selepas kembali ke Parlimen, Tun Dr Mahathir lambat menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan tersebut.

 

Maka Anwar dengan imej seakan-akan PM telah secara aktif membentangkan satu set teori politik dan cita-cita pemerintahannya. Beliau juga aktif menjelajah seluruh negeri dan tidak berhenti-henti berucap, bukan sahaja untuk membina momentumnya sendiri tetapi juga mendengar suara rakyat.

 

Walau bagaimanapun, Langkah Sheraton dan serangan wabak COVID-19 telah mengganggu perjalanan Anwar menjadi seorang PM. Selepas itu, Anwar telah menerbitkan buku ‘Membangun Negara Madani’ setebal 217 muka surat dan mukadimah sahaja mempunyai 18 muka. Buku ini menjadi model beliau sebagai PM, menjelaskan idea politik peribadi dan rangka kerja dasar.

 

Buku ini menyatakan bahawa ‘Malaysia Madani’ harus merangkumi 6 prinsip, meneliti dasar secara sistematik melalui lapan peringkat utama, menganalisis kerumitan idea dan mencadangkan strategi untuk menyelia kerajaan dan menggalakkan pembaharuan institusi.

 

Konsep yang sukar dan terlalu mendalam

Selain itu, buku tersebut turut menyebut tentang pengamatan dan analisis beliau terhadap masyarakat, politik, ekonomi dan budaya. Dari segi dasar, buku ini ada menyebut beberapa program seperti ‘Digital Native Agenda, DNA23’.

 

Sepanjang perjalanannya beliau untuk menjadi PM, dasar dan rancangan ini dibuat khusus untuk mendekati golongan muda dan menyokong ekonomi digital.

 

 

tnb

 

 

Oleh kerana Anwar banyak menggunakan bahasa yang mendalam dan perkataan yang kurang dikenali, membuatkan buku tersebut tidak mudah dibaca. Ini juga adalah salah satu sebab konsep ‘Malaysia Madani’ tidak dekat dengan rakyat. Sukar untuk orang awam, penjawat awam kanan dan rakan kabinet untuk memahami dan menyerap maksudnya.

 

Namun, inilah perbezaan Anwar dengan PM terdahulu. Beliau adalah seorang tahanan politik dan telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam penjara. ‘Malaysia Madani’ ada menyentuh mengenai analisis berhubung isu politik, ekonomi, budaya dan pendidikan yang masih wujud sehingga hari ini.

 

Dan di dalam bukunya juga jelas menyatakan bahawa apa yang beliau inginkan ialah tadbir urus yang baik, menolak rasuah dan salah guna kuasa, membina masyarakat inklusif dan majmuk dengan saling menghormati, menyelesaikan jurang kemiskinan, pembangunan mampan, mengelak bencana dan menghapuskan kapitalisme.

 

Peranan ‘Malaysia Madani’

Sebenarnya peranan terbesar ‘Malaysia Madani’ terbahagi kepada dua. Pertama adalah secara dalaman, di mana Anwar boleh mengintegrasikan konsep ini dan mendekatkan pelbagai parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan serta membina konsensus dalaman. Yang kedua, secara luaran pula menerusi penyusunan dan pembangunan idea tadbir urus agar rakyat nampak perbezaan kerajaan baharu dengan yang lama.

 

Walau bagaimanapun, konsep hanyalah hala tuju umum. Dalam menghadapi realiti politik, cara pelaksanaan dasar adalah perkara utama.  Sebelum ini, negara sudah mempunyai banyak slogan politik seperti ‘Keluarga Malaysia’, ‘Prihatin Rakyat’, dan ‘1Malaysia’. Slogan-slogan ini masih kekal relevan sehingga hari ini. Jadi, PM yang akan datang pasti mempunyai kesukaran untuk mengetengahkan slogan mereka.

 

Slogan perlu bersifat mudah dan tidak rumit agar ia mudah diingati dan difahami secara langsung. Ini adalah cabaran yang dihadapi oleh ‘Malaysia Madani’ berbanding dengan slogan-slogan yang terdahulu. Jelas sekali slogan ‘Malaysia Madani’ terlalu mendalam dan 6 prinsip yang diketengahkan sukar untuk menarik perhatian.

 

Dan inilah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia Sejahtera. Berbanding dengan slogan-slogan terdahulu, "Malaysia Madani" nampaknya terlalu mendalam, dan enam prinsip itu sukar untuk menarik perhatian.

 

 

tnb


 

Perlu patuh kepentingan berbilang kaum

‘Malaysia Madani’ hanya dihiasi dengan pelbagai dasar dan menjadi simbol suara ahli politik. Walaupun perkara ini serupa berlaku pada slogan-slogan yang dulu, cuma bezanya hari ini selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke -15, Kerajaan Perpaduan tidak menyatukan manifesto pilihan raya pelbagai parti politik. Idea dan konsep tadbir urus setiap parti politik adalah berbeza antara satu sama lain.

 

Sebagai contoh, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kedua-duanya cenderung ke arah wilayah, manakala UMNO kekal beroreintasikan bumiputera.

 

Sudah tentu, pemimpin parti politik ini boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan dibawah prinsip ‘Malaysia Madani’ dan memilih nilai yang mereka boleh terima untuk menyatakan solidariti mereka dengan Anwar.

 

Walau bagaimanapun dalam menghadapi ancaman Perikatan nasional (PN), kunci utama Kerajaan Perpaduan adalah keupayaan untuk bertahan dengan provokasi konflik politik antara mereka, agar haluan terus kekal berpegang kepada garis berbilang kaum, agama dan budaya.


 

volatiliti

 


‘Malaysia Madani’ mempunyai aura peribadi yang kuat, iaitu pemikiran dan idea politik Anwar. Meskipun ia bukan manifesto pilihan raya, tetapi tetap menghadapi cabaran dari segi dasar, sistem dan budaya.

 

Bukan mudah untuk Anwar mengubah masalah ini dan ia mengambil masa. Sejauh mana konsep ini boleh diterima rakyat, bergantung kepada kemampuan dan nasib beliau sepanjang memerintah negara.

 

Petikan daripada artikel Contemporary Review (https://contemporary-review.com.my/2023/02/15/1-504/) dan akhbar Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pao – DagangNews.com

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar nanyang Siang Pao 1-2 Jun 2023, dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini. 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA

Portfolio Tags