Keputusan PRN tidak goyah Kerajaan Perpaduan, mungkin beri kesan pada PRU16 | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Apa Kata Media Cina - 07 Aug 2023 07:39 AM

KEMPEN PRN LEBIH TERTUMPU ISU IDEOLOGI PARTI

Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pao  2-5 Ogos 2023

 

 

SEBAIK sahaja tempoh kempen berlangsung, kita dapat melihat kemeriahan dan sengitnya perang kempen Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional.

 

Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati kuasa kempen BN hampir tidak dirasai di dua negeri utama iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Sebaliknya, kedua-dua negeri ini telah menjadi medan perang antara PH dan PN. Jadi, siapakah yang akan mendapat kelebihan?

 

Kempen ideologi

Melihat kepada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, impak tukar Perdana Menteri (PM) tidak cukup untuk mempengaruhi keputusan PRN. Oleh itu, manifesto calon secara umumnya tertumpu kepada pembangunan tempatan dan isu sara hidup rakyat.

 

Oleh kerana tidak perlu memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara, jadi hala tuju kempen PH dan PN lebih tertumpu kepada ideologi.

 

Formula kemenangan PN kali ini adalah untuk menyatukan undi Melayu, mengawal sepenuhnya undi Melayu di luar bandar. Memainkan isu agama dan kaum terhadap orang Melayu yang goyah supaya mereka membenci kerjasama UMNO dan DAP, menghasut supaya mengundi PN.

 

Perlu diingatkan bahawa dalam kalangan Melayu konservatif, mereka secara umumnya percaya kesedaran agama PH dan BN agak lemah.  Bagi mereka, kepercayaan agama, isu perkauman seperti hubungan antara orang Islam dan bukan Islam lebih bermakna. Bahkan lebih besar daripada keperluan sara hidup mereka atau lebih penting daripada pembangunan sosioekonomi.

 

Pendekatan sebegini pada dasarnya boleh menewaskan UMNO dan mengancam rejim PH di Selangor dan Pulau Pinang. Satu-satunya cara untuk mencapai tiga matlamat di atas adalah dengan terus memanipulasi isu berkait 3R iaitu agama, kaum dan raja.


 

volatiliti

 


Oleh demikian, kaedah yang dipilih PN terutamanya PAS sering tertumpu kepada perbalahan kaum dan agama. Menariknya, ‘R” yang terakhir kali ini, kerabat diraja seolah-olah berada di pihak yang bertentangan dengan PAS.

 

Ini jelas apabila Sultan Perak dan Sultan Selangor secara khusus mengeluarkan kenyataan mengkritik dan membuat laporan polis terhadap kaedah kempen PAS yang didakwa telah melampau batas.

 

Namun mereka tidak ambil peduli, asalnya ia boleh menggerakkan sentimen dan memenangi undi Melayu konservatif. Strategi PN ini hanyalah ancaman, tetapi belum cukup untuk menggoyahkan sepenuhnya kuasa PH di negeri Selangor dan Pulau Pinang.

 

Jika suasana PRU yang lalu terus menyemarak, Kelantan, Terengganu dan Kedah masih digenggam erat oleh PN.   

 

Perpecahan pengundi semakin ketara

Untuk merampas kuasa di Pulau Pinang dan Selangor, masih memerlukan kerjasama penyokong PH. Situasi hari ini hampir sama seperti corak Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

 

Cuma UMNO-BN pada ketika itu adalah PN sekarang, dan PH masih lagi ganbungan Pakatan Rakyat (PR) yang dulu. Manakala UMNO sekarang pula mengambil alih tempat PAS dalam PH.  

 

Pada tahun 2008, PR memenangi kerajaan Pulau Pinang dengan lebih daripada dua pertiga kerusi. Dan menewaskan BN di Selangor dengan lebih separuh daripada kerusi.


 

tnb

 


Kemudian tahun 2013, kuasa PR berkembang dengan lebih besar di kedua-dua negeri ini dan melebihi dua pertiga kerusi mengalahkan BN di kedua negeri tersebut. Pada ketika itu, undi Melayu di kawasan luar bandar masih dipegang kukuh oleh UMNO. Tetapi ditewaskan sepenuhnya oleh PR di kawasan separa bandar dan bandar.

 

Sejak itu, perpecahan dalam kalangan pengundi telah jelas. Pengundi bukan Melayu dan Melayu bandar menyokong PH/PR kerana mendukung ideologi terbuka dan bebas. Manakala kerusi di luar bandar pula, pengundi Melayu yang konservatif condong sepenuhnya kepada parti Melayu seperti UMNO dan PN. Perpecahan ini berterusan sehingga ke hari ini.

 

Peratusan mengundi masih pengaruhi keputusan

Adakah terdapat perbezaan antara PRN 2023 dan PRU2013? Ya, peratusan keluar mengundi. Tahun 2013, peratusan keluar mengundi Selangor mencecah paras tertinggi iaitu 87.08%. Pulau Pinang pula 86.98%.

 

Jadi jika PH mahu memenangi Selangor dan Pulau Pinang, sejarah 2013 jelas memberitahu bahawa mereka perlu memastikan kadar keluar mengundi adalah tinggi.

 

Sepanjang tempoh berkempen, PH juga telah melancarkan gelombang serangan terhadap PN. Termasuk mengingatkan pengundi Selangor bahawa sebaik sahaja PN memerintah, pembangunan Selangor akan terjejas teruk seperti pembangunan Kedah yang mundur.

 

Dalam situasi ini, jika tinggikan perspektif maka kita akan dapati bahawa pilihan raya kali ini bukanlah pertandingan antara PH-BN menentang PN. Tetapi sebenarnya adalah perbandingan antara pengundi bandar dan luar bandar, antara pengundi Melayu konservatif dengan pengundi lain. Pertarungan antara pembangunan dan kemunduran.

 

Fenomena ini serupa dengan pertempuran tentera merah dan kuning di Thailand, tanda perpecahan yang serius dan proses demokrasi yang buruk.


 

volatiliti

 


Siapa akhirnya mendapat kuasa di Pulau Pinang dan Selangor, bergantung kepada keberkesanan kaedah 2R parti PAS dan juga peratusan keluar mengundi PH adalah tinggi.

 

Namun tidak dinafikan kadar sokongan PN di kalangan masyarakat Melayu di Selangor semakin meningkat.  PRU lepas, beberapa kubu PH di Selangor dan Pulau Pinang berjaya dipecahkan. Dan kerana itulah, PN mempunyai keyakinan besar terhadap enam PRN ini.

 

PRN ujian buat Kerajaan Perpaduan

Keputusan enam PRN kali ini amat penting kepada PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dan ia juga menguji pandangan umum terhadap Kerajaan Perpaduan yang sudah memerintah lebih setengah tahun.

 

Walaupun keputusan pilihan raya ini tidak akan menggoyahkan rejim Kerajaan Perpaduan. Namun sedikit sebanyak akan memberi kesan tertentu kepada PRU ke-16.

 

Artikel ini disiarkan di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh dan Nanyang Siang Pao  2– 5 Ogos, dan telah diterjemah oleh Ninie atau nama sebenarnya, Rosni Mahadi yang merupakan penterjemah profesional termasuk di pelbagai jabatan kerajaan sebelum ini.
dagangnews

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL APA KATA MEDIA CINA