Apa yang penting? KERJASAMA ! | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 19 February 2021

Apa yang penting? KERJASAMA !

 

 

KENAPA harus faham maksud dan etika kerjasama dan bekerjasama di dalam kumpulanSebagaimana kita ketahui kumpulan melibatkan bilangan individu lebih daripada satu. ‘Bekerjasama sesama kita’ seolah satu penyataan yang begitu mudah untuk difahami tetapi sebenarnya ia satu pelaksanaan rumit dan memerlukan keikhlasan peribadi  teramat kritikal.

 

Apa masalah jelas dapat diperoleh daripada kepincangan pengamalan etika kerjasama dan bekerjasama di dalam satu kumpulan, pemasalahan tersebut seperti cara komunikasi tidak berkesan, sebagai contoh semasa perbualan sesama individu di dalam satu kumpulan ia menghasilkan satu tuturan tidak mudah dan tidak dapat diterima atau tidak dapat difahami.

 

Maka dapat dijelaskan bahawa berkomunikasi secara berkesan dapat dilihat melalui prinsip tatacara perbualan dan penyampaian di dalam sebuah kumpulan.  Berkomunikasi adalah satu bahan etika penting di dalam sebuah kumpulan, berkomunikasi dengan asas yang terpilih ini dapat menghasilkan satu cara beretika dalam menyusuri dan mematuhi prinsip kerjasama sesama individu.

 

Adakah kini di dalam perhubungan semasa sudah ada kepincangan mengenai nilai dan etika bekerjasama?

Seperti diketahui bahawa perhubungan semasa, nilai dan etika berkerjasama itu wujud di dalam kehidupan peribadi, kehidupan bermasyarakat, dan amalan di dalam organisasi bekerja atau berkhidmat.

 

dewi

 

Apabila diperkatakan mengenai perhubungan  kerjasama itu sudah pincang, ini dapat digambarkan bahawa permasalahan berlanjutan akan berlaku seperti permasalahan peribadi atau peribadi individu itu sendiri, masalah displin, masalah hormat menghormati, masalah berkomunikasi dan masalah pergaulan.

 

Maka jelas dapat dirungkaikan bahawa sekiranya berlaku permasalahan kerjasama di dalam satu kumpulan ini membuktikan penglibatan  pemahaman individu terlalu minimum dan tidak faham bahawa kerjasama itu melibatkan keikhlasan, kasih sayang dan bertolak ansur.

 

Dapat dijelaskan juga ketandusan disiplin individu tersebut mencetuskan permasalahan disiplin di dalam kaedah berkomunikasi atau pelaksanaan sesuatu matlamat, apabila ia melibatkan kepincangan nilai disiplin ini bakal mencetuskan kegagalan di dalam nilai hormat menghormati, berkomunikasi dengan cara beradat dan beradab justeru mengakibatkan kepincangan di dalam etika pergaulan sesama individu.

 

Memahami kerjasama dan bagaimana untuk bekerjasama secara kritikal amat perlu dan juga menjadi satu ukuran kepada personal individu bahawa pemahaman dan sayang terhadap nilai kerjasama dan faham nilai bekerjasama  itu merupakan huraian jelas kemahiran individu terhadap tahap penyelesaian kerja, dan faham apabila mempunyai tanggungjawab bersama dalam mencapai matlamat pekerjaan tersebut.     

 

Pemahaman kepada bekerja secara berkumpulan merupakan satu capaian minimum untuk menyatakan mengenai garis panduan yang terperinci. Apabila huraian mengenai pemahaman bekerja secara berkumpulan ini difahami, ia bakal memudahkan perjalanan tugasan bagi mencapai tahap matlamat terbaik dan berhasil.

 

dewi

 

Kenapa perlu dipersoalkan keberkesanan bekerja secara berkumpulan? Seperti diketahui bekerja berkumpulan melahirkan satu penyataaan nilai bekerjasama itu wujud di dalam satu kumpulan tersebut.  Faham mengenai nilai bekerjasama dapat membantu secara terperinci tentang kewujudan masalah di dalam membuat sebarang keputusan dan arahan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara berkumpulan.

 

Permasalahan individu di dalam mempraktikkan nilai dan etika kerjasama, ia bakal membuktikan individu ini tidak mempunyai satu nilai pengamalan prinsip pengurusan asas di dalam diri sendiri, apa lagi diantara masyarakat dan di dalam  organisasi.

 

Di dalam prinsip pengurusan, ia menyenaraikan bagaimana memahami kepentingan pengurusan, ini menggariskan di dalam diri individu, masyarakat dan organisasi itu perlu ada satu pengamalan pengurusan sistematik mengenai pencapaian matlamat, tujuan dan cita-cita, perancangan, penyusunan, bermotivasi dan memahami mengawal sebarang tindakan perlu dilaksanakan.

 

Melibatkan diri di dalam pengurusan sosial bertanggungjawab dan beretika juga menyatakan individu tersebut mempunyai tanggungjawab terbaik kepada pengurusan ekonomi semasa, bertanggungjawab kepada pengurusan perundangan, bertanggungjawab kepada etika,   sebagai contoh etika peribadi, etika berkerja dan etika perhubungan semasa.

 

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING

Peribahasa ini menyatakan bahawa suka duka sama ditanggung, baik buruk keadaan akan sama-sama dikongsi.

dewi

Peribahasa lama ini memberi satu gambaran jelas di dalam pengurusan nilai bekerjasama. Bekerjasama itu hendaklah dilaksanakan secara bersatu padu bagi mencapai tujuan utama. Apabila bersatu padu itu diamalkan ini bakal memudahkan dan melancarkan perjalanan mendapatkan keberhasilan terbaik untuk tujuan yang telah dinyatakan.

 

Sikap bekerjasama itu diperlukan bagi mempertahankan perjalanan bersama untuk mencapai tujuan yang telah dilandaskan, walaubagaimanapun sekiranya berlaku masalah maka beban masalah tersebut akan ditanggung dan diselesaikan bersama.

 

BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MAUFAKAT

Kerjasama  dan muafakat di dalam kehidupan bermasyarakat itu perlu melalui perbincangan, mesyuarat dan berencana. Dalam membuat sebarang keputusan nilai kerjasama ini dapat menjalinkan perhubungan masyarakat yang beretika dan bertanggungjawab.  

 

Dua peribahasa ini sudah cukup menyatakan keberkesanan kerjasama sesama individu itu penting. Bertahun lamanya wujud kata-kata peribahasa yang direka ini, ia adalah untuk kita memahami betapa pentingnya kerjasama dan pemberitahuan utama bahawa kerjasama sesama individu mesti dilaksanakan dengan beretika.

 

Apabila direncanakan kerja berpasukan sebagai satu olahan individu maka ini bukanlah satu kumpulan. Pasti ada keliru kenapa bukan satu kumpulan bila menyatakan kerja berpasukan?  

 

Kerja berpasukan ialah  menyatakan kewujudan kemahiran di dalam diri individu itu sendiri dan menyumbang kepada keperluan pasukan untuk menjadikan pasukan tersebut berjaya. Jelas diperkatakan kerjasama dan bekerjasama di dalam kumpulan itu merupakan satu bekalan kepakaran diri sendiri bagi membantu kumpulan mencapai matlamat yang telah digariskan.

 

dewi

 

Fahami kerjasama amalkan etika bekerjasama bagi menjadi satu strategi pembangunan kepimpinan di dalam diri sendiri.

Bagaimana untuk menjadikan diri sebagai seorang pemimpin di dalam diri sendiri dan masyarakat?

 

Sekiranya tidak faham mengenai etika kerjasama dan bekerjasama, diri sebagai pemimpin itu perlu membentuk satu matlamat jelas, dengan mencari sumber perlu dijadikan panduan untuk mencapai matlamat yang telah digariskan, mempunyai keyakinan dan optimistik terhadap matlamat.

 

Tetapi sekiranya pemimpin itu tidak bekerjasama terhadap masyarakat daripada apa jenis tujuan dan pelaksanaan maka sesuai untuk menggelarkan pemimpin itu sebagai pemimpin ‘kotak kosong’.

 

Maka ini bukanlah satu nilai pemimpin yang sering dipersoalkan dasar terbaik, dan tidak faham nilai pemimpin,  ia boleh digelar sebagai pemimpin atas lantikan masa dan mungkin lantikan terpaksa. Lantikan sebegini bakal menjadikan pelbagai jenis bentuk individu yang bakal tidak faham maksud pelaksanaan kerjasama dan bekerjasama di dalam diri sendiri, masyarakat dan organisasi.

 

Kepincangan sebegini menjadikan kepercayaan individu persekitaran kepada seorang yang digelar pemimpin itu reput. Ini dapat dinyatakan bahawa laku kepimpinan negatif itu menghasilkan satu etika tidak menghormati diri sendiri,  kepercayaan terhadap nilai diri itu jadi tandus maka berlaku kepada individu tersebut kecewa, dan bakal tidak bermotivasi.

 

Sikap dan pemahaman diri sendiri terhadap keberkesanan nilai etika bekerjasama itu amat penting kerana olahan sikap dan pemahaman itu bakal menjadikan tindakan diamalkan atau dilaksanakan menjadi berjaya atau gagal.

 

Perilaku mahu bekerjasama itu memperjelaskan bahawa nilai individu terbaik dan sensitif terhadap perubahan semasa. 

 

dewi

 

Individu perlu faham tingkah laku bekerjasama ada di dalam diri sendiri ini telah menggariskan bahawa kewujudan etika kerjasama telah diamalkan dan difahami oleh setiap individu tersebut, etika bekerjasama seperti berikut, merupakan landasan penting kepada prestasi nilai kepimpinan:

 

  • Memperlihatkan keberkesanan diri dalam menjayakan daya saing yang hebat untuk mencapai matlamat yang telah digariskan
  • Fahami nilai tanggungjawab dalam kalangan ahli atau masyarakat
  • Sebarang kejayaan di dalam kumpulan dianggap sebagai hasil kejayaan bersama
  • Bersedia untuk menerima sebarang risiko dan tidak akan mengeluh atau berundur diri apabila berlaku sebarang kegagalan atau kesilapan.
  • Bersatu dan mengenepikan kepentingan peribadi bagi memenuhi keperluan di dalam kumpulan
  • Nilai kasih sayang itu sentiasa ada di dalam perhubungan untuk menggariskan semangat kekitaan, penjelasannya adalah perasaan kasih sayang itu wujud dari hati mulia manusia.

 

Kefahaman kerjasama dan bekerjasama ini secara keseluruhannya wujud nilai kepimpinan perlu dibangunkan dan diperkembangkan bagi memudahkan praktik hasil daripada usaha kehebatan diri bagi memahami stimulasi intelektual yang perlu digalakkan.

 

Jelas ini merupakan satu kaedah terbaik untuk cekal mempelajari nilai kerjasama, gaya kepimpinan diri dan latihan diri bagi mempertingkatkan karisma di dalam prestasi individu, masyarakat dan organisasi. - DagangNews.com

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KOLEKSI DEWI

AMALAN CUT AND PASTE SUBURKAN SIKAP PEMALAS

Cara berfikir, bertindak mengikut pengalaman hidup

Bina `kepakaran' hadapi risiko hidup zaman COVID-19

TAK FAHAM ANGKA KES POSITIF COVID-19 MAKIN NAIK

Golongan belia hamba kepada hutang

Boleh kerja sampingan, tetapi tidak boleh sampai tiga kerja serentak

Pertahankan amalan berbudi bahasa

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

 

 

 

 

Portfolio Tags