Apa yang ramai seolah tidak faham mengenai kepentingan beretika? | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
DEWI - 16 July 2021

Apa yang ramai seolah tidak faham mengenai kepentingan beretika?

 

 

MANA kefahaman terhadap etika? Adakah tidak faham tentang etika menjadikan kita seorang yang buta tentang penyampaian beradat?

 

Adakah dengan kurangnya beretika menjadikan kita seorang yang kosong dan tidak jujur dalam membuat keputusan? Dan adakah dengan tidak beretika itu menjadikan kita penyumbang kepada kemunduran kehidupan dan buta menjadi pemarah yang sesat?

 

Etika menyatakan perhubungan erat kepada wujudnya kesan pengurusan dan pengamalan akhlak, moral dan nilai di dalam diri sendiri. Maka jelas dinyatakan kewujudan etika pada diri sendiri itu adalah hasil daripada belaian dan amalan mereka dipersekitaran justeru dijadikan amalan seharian untuk setiap detik saat di dalam kehidupan.

 

Tanyalah diri sendiri siapa yang ada di persekitaran ini, dari anak pastinya ibubapa, keluarga, teman atau rakan-rakan, guru itu yang jelas, bila dibahagikan kumpulan ini maka  jelas siapakah yang ada dipersekitaran itu:

 

  • Anak lahir hingga remaja : 1 hari – 21tahun : ibubapa, adik beradik, keluarga, teman atau rakan-rakan,guru, pensyarah dan masyarakat dirumah disekolah dan dikolej dan universiti
     
  • Remaja 21tahun hingga 40tahun: siapa? Ibubapa,adik beradik, teman atau rakan-rakan, guru, pensyarah, masyarakat di sekitar rumah, di sekitar sekolah kolej, university, isteri atau suami, sekitar keluarga isteri atau suami, rakan-rakan isteri atau suami dan anak-anak sendiri atau anak-anak orang lain
     
  • Umur 40 tahun hingga akhir hayat: siapa? Ibubapa, adik beradik, teman atau rakan-rakan, guru, pensyarah, masyarakat di sekitar rumah, si sekitar sekolah kolej university tempat kerja, tempat berniaga, isteri atau suami, sekitar keluarga isteri atau suami, rakan-rakan isteri atau suami dan anak-anak sendiri atau anak-anak orang lain.

 

Dengan huraian sedikit ini dapat jelas terlihat kewujudan etika itu ianya bermula daripada mana? Amalan etika itu berterusan diuruskan siapa? Siapa yang memastikan amalan etika itu jelas dan perlu dipatuhi? dan  kepincangan etika itu berpunca daripada siapa?

 

DIDIKAN-> AMALAN-> TANGGUNGJAWAB-> PASTIKAN-> KEPUTUSAN

    • Ibubapa bertanggungjawab dalam membentuk dan mendidikan kewujudan dan kefahaman nilai etika itu kepada diri anak-anak yang lahir.
       
    • Ibubapa bertanggungjawab dalam membentuk corak amalan untuk difahami oleh era pembentukan etika kepada diri anak-anak yang lahir.
       
    • Ibubapa berkeputusan dalam menceritakan akan nilai tanggungjawab terhadap pembentukan etika diri sendiri dan amalan tanggungjawab itu dijadikan panduan erat dan kekal dalam kehidupan.
       
    • Ibubapa mencari dan ceritakan akan pasti berlaku kepincangan apabila tidak faham dan nilai unsur etika di dalam hidup, hidup tidak akan berhenti sehingga sampai ajal ditentukan. maka sepanjang perjalanan itu dicorak oleh pelbagai corak, pemahaman dan amalan nilai etika kehidupan.
       
    • Ibubapa sudah mendidik bagimana membuat keputusan atau mengambil keputusan yang mana sebelum urusan itu dilaksanakan ianya pasti bermula dengan pemahaman etika dalam membuat apa jua keputusan di dalam kehidupan.

 

Maka adakah kewujudan kepincangan beradat di dalam bermasyarakat, sombong dan angkuh di dalam kehidupan sendiri, dan berani seolah mencari bukti tanpa faham kepincangan. Adakah unjuran kehidupan masyarakat berpunca daripada kepincangan amalan dan didikan ibubapa?

 

Adakah dalam mengamalkan didikan terperinci, memahamkan nilai amalan, memberi latihan terhadap tanggungjawab, memberi gambaran nikmat kepastian dan justeru menceritakan akan kesan nilai keputusan terhadap kehidupan persekitaran dan berterusan itu wujud?

 

Dalam diri sendiri sudah ada bekalan Kasih sayang, jujur, takut, tanggungjawab, amalan, pastikan nilai keputusan dan patuh. Bekalan ini terlalu indah ianya wujud dalam kehidupan masing-masing maka keindahan itulah hasil dari kewujudannya nilai kasih sayang dan tanggungjawab ibubapa asal,  atau pastinya daripada ibubapa tiri dan ibubapa angkat.

 

Bila ada didikan dengan jelas dan pemahaman ikhlas, susunatur pelbagai tujuh indikator azali itu ianya bakal menghasilkan pulangan positif terhadap perkembangan nilai maruah di dalam diri sudah jelas hasil dari pemahaman melalui contoh dan didikan bertanggungjawab.

 

  1. contoh aliran semasa di dalam kehidupan bersama  tujuh indikator azali:
  • 1) Kasih sayang –> 2) jujur ->3) takut->4) tanggungjawab->5) amalan-> 6) pastikan nilai keputusan-> 7) patuh
  • 4) Bertanggungjawab-> 5) amalan-> 6) pastikan nilai keputusan-> 7) patuh-> 1) kasih sayang-> 2) jujur-> 3) takut
  • 3)Takut-> 2)jujur-> 4)tanggungjawab-> 5) amalan-> 6) pastikan nilai keputusan -> 7) patuh-> 1) kasih sayang

 

 

Namun, bagai mana sekiranya susunatur pelbagai lapan indikator azali di jadikan amalan tanpa berfikir mengenai kesan bakal dihadapi apabila keputusan dan tindakan itu berdasarkan diri memperagungkan sombong di dalam jiwa, kerana nilai jiwa yang sombong bakal menghasilkan diri sebagai seorang pemarah, bila marah jadikan diri semangat untuk mencari jalan keluar atau jalan mengkukuhkan apa tujuan tanpa rujukan, wujud diri dalam membuat keputusan berdasarkan tujuan pincang, perlaksanaan dilaksanakan dengan semangat sombong dan marah, menjadikan perlaksanaan itu sebagai amalan semasa justeru mempengaruhi setiap keputusan dan nilai bangga itu tinggi menjulang menyatakan wujudnya kehebatan bila membuat keputusan bermula dari sikap sombong yang terbakar dengan usapan jiwa pemarah.

 

Ini adalah 3 contoh aliran semasa di dalam kehidupan bersama lapan indikator sombong:

    • 1) Membawa perasaan marah-> 2) sombong-> 3) kuat semangat menjadikan pemarah/sombong-> 4) membuat keputusan-> 5) perlaksanaan-> 6) amalan-> 7) hasil keputusan-> 8) bangga
    • 8) Bangga-> 1) membawah perasaan marah-> 3) kuat semangat menjadikan pemarah/sombong->       

 

5) perlaksanaan-> 4)  membuat keputusan-> 8) bangga-> 6) amalan-> 7) hasil keputusan

    • 7) Hasil Keputusan-> 8) bangga-> 3) kuat semangat menjadikan pemarah/sombong-> 4) membuat keputusan-> 6) amalan-> 1) membawa perasaan marah-> 2) sombong-> 5) perlaksanaan

 

Maka jenis aliran tujuh indikator azali positif dan aliran lapan indikator negatif tanpa perasaan bukan tanpa Pendidikan dan pengalaman itu dimiliki oleh setiap insan sejak azali.    sememangnya sudah wujud di dalam jiwa diri masing-masing tetapi ianya akan menjadi positif bila mana contoh indikator-indikator tersebut difahami dan diamalkan sepanjang hidup.

 

Amalan indikator-indikator itu dijadikan panduan berterusan dan berkumpulan maka lahir kumpulan yang masih mempunyai tahap pemikiran memperjuangkan nilai etika kehidupan mempunyai nilai azali, nilai moral dan nilai akhlak.

 

Manakala keberangkalian wujudnya kumpulan mereka mempunyai nilai kepercayaan kepada tika keputusan tanpa menyusul nilai etika kehidupan untuk kehidupan diri, keluarga dan masyarakat persekitaraan, ini bakal menceritakan kepincangan dan tiada amalan patuh kepada nilai azali, nilai moral dan nilai akhlak.

 

Persoalan bakal wujud, bagaimanakan sekiranya 3 contoh aliran semasa di dalam kehidupan bersama lapan indikator sombong itu mempunyai amalan lebih banyak daripada 3 contoh aliran semasa di dalam kehidupan bersama  tujuh indikator azali? J

 

Jawapan pasti ada salah satunya setiap insan masih hidup keliru di dalam membuat sebarang pemilihan keputusan positif atau negatif di dalam amalan dan panduan kehidupan dari masa kesemasa.

 

Mulalah untuk pastikan di dalam kehidupan sendiri harus cekal dengan adanya:

    • Nilai kasih sayang, nilai jujur, nilai ketakutan dalam kehidupan dalam diri dan luaran kehidupan, fahamI nilai bertanggungjawab , pastikan amalan dan laksanakan, maka  nilai keputusan yang diambil, dengan patuh.
       
    • Dan ketahui dan sedarlah kehidupan akan rosak apabila diri sendiri sombong, dengan terus mengekalkan contoh lapan indikator sombong dalam perjalanan kehidupan semasa dan sesama.
       
    • Nilai bangga tanpa usul, perasaan marah dijadikan arah pemandu di dalam selesaikan masalah sesama insan, begitu kuat semangat dan bersemangat hebat apabila sudah marah dan diusap lagi dengan amalan sombong, membuat keputusan tanpa usul pengetahuan dan bukti.
       
    • berteruskan menjadikan amalan berdasarkan marah,sombong, kuat semangat dalam membuktikan usulan yang diamalkan dan berterusan membuat keputusan bagi menceritakan kehebatan di dalam melaksanakan penceritaan dan keputusan di ambil tanpa melihat nilai etika dalam membuat keputusan.

 

Apabila sudah faham huraian ringkas ini jelas sudah dari dahulu tingkah tanggungjawab para ibubapa untuk mendidik dan terusan mendidik jiwa setiap anak-anak dengan memastikan amalan jiwa terdidik itu harus berterusan kerana ianya bakal mengasilkan insan  bertanggungjawab.

 

Doa ibu itu adalah senjata utama, biar tiada kuderat maka di tepi katil masih ada hadiah doa untuk anak-anak biarpun anak-anak itu sudah berumur.  Doa itu bakal jadikan anak-anak patuh dengan penuh kasih sayang tanpa sombong kepada ibubapa azali, ibubapa angkat, ibubapa tiri, keluarga, adik beradik, rakan-rakan, sahabat, cikgu, pensyarah, dan mereka dipersekitaraan kehidupannya.

 

Hayati Pantun Melayu Klasik, amalan etika sudah wujud puluhan tahun dahulu ini bukti kita mungkin pincang amalkan nilai,moral dan akhlak.

Adab dan budi

Yang Kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

 

Adat

Kata tua kata bertuah,
Tuah melekat sesisi alam,
Hina bangsa kerana lemah,
Lemah akibat tidak sefaham.

 

Perpaduan

Burung Kedidi di pohon Nangka,
Anak bayan hinggap di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.

 

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah. - DagangNews.com

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI DEWI DI DAGANGNEWS.COM

 

 

Portfolio Tags