11.37 juta dos suntikan vaksin COVID-19 diberi setakat 11 Julai | DagangNews Skip to main content

11.37 juta dos suntikan vaksin COVID-19 diberi setakat 11 Julai

 

 


KUALA LUMPUR 12 Julai  - Sebanyak 291,217 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,366,710 dos.

 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi hantara di Twitter hari ini memaklumkan daripada jumlah pemberian dos harian itu, sebanyak 190,186 adalah dos pertama manakala 101,031 adalah dos kedua.

 

Sumber : Twitter Dr.Adham Baba
Sumber : Twitter Dr. Adham Baba

 

Sumber : Twitter Dr.Adham Baba

 

 

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 63,043 orang, diikuti Sarawak (56,525), Kuala Lumpur (48,996), Perak (19,282) dan Johor (19,231).

 
Beliau berkata, setakat semalam, jumlah keseluruhan pemberian vaksin COVID-19 dos pertama ialah 7,840,034 dan dos kedua 3,526,676. - DagangNews.com