12% pengguna akui identiti perbankan digital dicuri - FICO | DagangNews Skip to main content

12% pengguna akui identiti perbankan digital dicuri - FICO

Kes kecurian identiti

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 27 April - Kes kecurian identiti berhubung perbankan digital memberi ancaman nyata kepada rakyat Malaysia.

 

Hasil tinjauan pemprufan identiti dan perbankan digital FICO menunjukkan sebanyak 7% pengguna menyatakan bahawa mereka mengetahui identitinya telah dicuri.

 

Dalam pada itu, seramai 12% lagi pula percaya kes kecurian tersebut berkemungkinan telah berlaku.

 

FICO memberitahu, pengakuan tentang tahap kecurian identiti tersebut menunjukkan adanya pemahaman yang baik berkaitan pemprufan identiti yang merupakan perkara penting dalam pengalaman perbankan di Malaysia.

 

Hasil tinjauan tersebut mendapati, lebih tiga perempat daripada respoden atau 76% mengetahui bahawa pemprufan identiti dilakukan untuk melindungi mereka.

 

Jelas FICO, walaupun sejumlah besar responden (55%) mengetahui terdapat unsur peraturan yang mendorong penyedia melakukan lebih banyak pemeriksaan, hanya 13% responden berpendapat bahawa ia dilakukan untuk membolehkan institusi kewangan memperoleh lebih ramai pelanggan.

 

"Sebahagian besar daripada responden Melayu (59%) melihat pemprufan identiti sebagai cara untuk bank melindungi institusi mereka, manakala 46% menganggap ia sebagai kaedah untuk mencegah penggubahan wang haram.

 

"Kebanyakan rakyat Malaysia terbuka untuk melakukan biometrik kepada bank mereka seperti imbasan wajah, cap jari atau cetak suara bagi melindungi akaun mereka," jelas FICO dalam satu kenyataan.

 

Tinjauan berkenaan mendedahkan bahawa setelah pengguna memahami tentang sebab ia diperlukan, 50% daripada responden berasa gembira untuk memberikan biometrik.

 

Bagaimanapun, hanya 7% menyatakan bahawa bank tidak sepatutnya mengambil biometrik, manakala 14% bersedia tetapi berat hati untuk memberikannya.

 

Sementara itu, Ketua Pematuhan, Keselamatan dan Penipuan di Asia Pasifik, Subhashish Bose memberitahu, aplikasi cap jari, kad pengenalan dan pengesahan telah menjadi perkara biasa sejak sekian lama di kebanyakan negara Asia.

 

"Kebimbangan terhadap aspek kerahsiaan telah berkurangan dan tinjauan ini menunjukkan wujudnya penerimaan yang luas terhadap manfaat yang diberikan oleh biometrik apabila ia dikaitkan dengan perlindungan akaun bank dan penghentian penggubahan wang haram.

 

"Di Malaysia, 42% pengguna lebih gemar membuka akaun bank secara digital dan 48% memilih untuk berurusan di cawangan. 

 

"Namun, sepanjang tahun lalu, 57% orang Melayu lebih cenderung untuk membuka akaun secara digital berbanding setahun yang lalu disebabkan pandemik, manakala mereka yang pergi ke cawangan selalunya adalah disebabkan oleh sosial dan teknikal," jelas beliau lagi.

 

Tinjauan yang dijalankan syarikat analitik itu melibatkan 1,000 orang Melayu dewasa bersama 13,000 pengguna di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Afrika Selatan, Australia, New Zealand, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Brazil, Colombia dan Mexico.  - DagangNews.com