15 inisiatif dilaksana di bawah Pelan Tindakan Strategi Pensijilan MSPO | DagangNews Skip to main content

15 inisiatif dilaksana di bawah Pelan Tindakan Strategi Pensijilan MSPO

Oleh BERNAMA

KUALA LUMPUR 26 Jun - Sebanyak 15 inisiatif strategik telah dilaksanakan di bawah Pelan Tindakan Strategi Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2024–2026 untuk mengukuhkan jenama MSPO.

 

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata, antara inisiatif strategik tersebut ialah penjenamaan semula MSPO daripada Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), usaha penerimaan dan pengiktirafan kerangka Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) dan penerimaan skim pensijilan MSPO Biomass di Jepun.

 

Katanya pelan tindakan itu yang dirangka untuk memperkukuh dan meningkatkan penerimaan skim pensijilan MSPO di pasaran global berada dalam proses pelaksanaan.

mspo

Beliau berkata demikian menjawab soalan Jamaludin Yahya (PNPasir Salak) yang ingin mengetahui mengenai status Pelan Tindakan Strategi Pensijilan MSPO 2024-2026 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Setakat 31 Mei lepas, sebanyak 86 peratus atau 4.84 juta hektar daripada 5.62 juta hektar jumlah keluasan penanaman sawit di negara ini, mendapat MSPO. - DagangNews.com