600 pemilik trak pikap Isuzu D-Max rai Hari Kebangsaan menerusi acara Konvoi Merdeka 66 | DagangNews Skip to main content

600 pemilik trak pikap Isuzu D-Max rai Hari Kebangsaan menerusi acara Konvoi Merdeka 66

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Sept - Sejumlah 600 buah trak pikap Isuzu D-Max berhimpun bagi menyambut Hari Kebangsaan menerusi acara Konvoi Merdeka 66, baru-baru ini.

 

Program yang  dianjurkan oleh Isuzu Malaysia dengan kerjasama rangkaian pengedar sah jenama itu melibatkan konvoi yang diadakan serentak di 29 lokasi berbeza di seluruh negara.

 

Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Kenkichi Sogo berkata, konvoi tersebut menjadi perhimpunan terbesar di negara ini yang berlangsung pada masa yang sama melibatkan Isuzu D-Max, bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-66. 

 

Katanya, ia memberi peluang kepada pengedar untuk berinteraksi dengan pemilik D-Max dan meraikan kesepakatan serta keharmonian yang telah dikecapi atas semangat perpaduan di negara ini.

 

"Dengan matlamat kami untuk menjadikan sambutan Hari Merdeka kali ini lebih bermakna bersama pengedar dan pemilik D-Max, kami juga ingin meraikan semangat perpaduan dan sehati sejiwa, yang sudah terjalin antara rakyat Malaysia melalui sebuah acara melangkau sempadan seperti ini," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Peserta acara Konvoi Merdeka 66 menikmati aktiviti bersama dengan pemilik Isuzu D-Max yang lain di seluruh negara dan dihidangkan dengan beberapa program istimewa oleh pengedar masing-masing. 

 

 

isuzu

 

 

isuzu

 

 

Kenderaan peserta juga dihiasi dengan pelekat peringatan dan bendera, serta setiap peserta turut diberikan kemeja-t eksklusif.

 

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pengedar yang terlibat ialah lawatan ke ladang durian, kursus off-road ringkas, sepetang di pantai, destinasi resort terpencil dan kunjungan ke pusat beli-belah.

 

 

isuzu

 

 

isuzu

 

 

Maklum balas daripada pemilik sangat positif dengan ramai daripada mereka menyatakan keinginan untuk menyertai aktiviti berkumpulan bersama pemilik D-Max lain lagi pada masa akan datang untuk menjalin hubungan mesra dan membina rangkaian persahabatan. - DagangNews.com