Aemulus raih kontrak baharu bernilai RM37.9 juta | DagangNews Skip to main content

Aemulus raih kontrak baharu bernilai RM37.9 juta

KUALA LUMPUR 29 Julai - Aemulus Holdings Bhd. memperoleh kontrak baharu bernilai RM37.9 juta daripada pelanggan automotif sedia ada yang berpangkalan di Malaysia. 

 

Kontrak itu yang diraih menerusi unitnya, Aemulus Corporation Sdn Bhd (ACSB) membabitkan tempahan bagi sistem ujian untuk peranti automotif.

 

Hasil daripada pesanan baharu ini akan diiktiraf secara progresif selepas sistem tersebut dihantar.

 

"Pesanan ini dijangka dipenuhi bagi tempoh mulai Ogos 2022 hingga Jun 2026," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.

 

Aemulus menjangkakan pesanan baharu ini dijangka menyumbang secara positif kepada syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022 dan tahun kewangan berikutnya.

 

"Ia dijangka tidak memberi kesan material kepada aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2022. 

 

"Selain itu, ia juga tidak memberi kesan kepada modal saham dan pemegangan struktur Aemulus," tambahnya. - DagangNews.com