Affin raikan 7 pemenang kempen ‘Year of Winnings with Affin 2023’ | DagangNews Skip to main content

Affin raikan 7 pemenang kempen ‘Year of Winnings with Affin 2023’

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank, Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin (kiri) dan Pengarah Eksekutif Perbankan Komuniti Kumpulan Affin Bank, Mohammad Fairuz Mohd Radi (kanan) menyerahkan BMW i7 kepada Chan Sway Wah bagi pihak Ng Lian Hong di di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara AFFIN @ TRX pada 27 Februari 2024.
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 27 Feb - Affin Bank Berhad meraikan tujuh pemenang kempen ‘Year of Winnings with Affin 2023’ dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara AFFIN @ TRX hari ini.

 

Acara pengumuman tersebut dianjur bagi meraikan pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama, BMW i7 bernilai lebih RM700,000, di samping hadiah menarik lain termasuk Honda HR-V, Perodua Ativa, Perodua Bezza, Vespa Primavera 150 , hadiah wang tunai dan baucar hadiah Aeon.

 

 

Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin (kiri) dan Mohammad Fairuz Mohd Radi (dua dari kanan) bersama pemenang kempen ‘Year of Winnings with AFFIN 2023’ di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara AFFIN @ TRX pada 27 Februari 2024.
Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin (kiri) dan Mohammad Fairuz Mohd Radi (dua dari kanan) bersama pemenang kempen ‘Year of Winnings with AFFIN 2023’ di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara AFFIN @ TRX pada 27 Februari 2024.

 

 

Menurut Affin, kempen yang berlangsung daripada 3 Januari 202 sehingga 31 Disember 2023 itu menarik lebih 727,216 peserta yang secara aktif mendeposit dan menjalankan pelbagai transaksi perbankan untuk menjamin peluang mereka untuk menang.

 

Kempen ini telah memberi ganjaran kepada pemenang bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM1 juta.

 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, kempen tersebut membuktikan komitmen kumpulan perbankan itu untuk memberi ganjaran dan membina hubungan yang berkekalan dengan pelanggan.

 

“Sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan menyemarakkan dedikasi kami untuk menyampaikan perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan dan menyediakan penyelesaian yang inovatif untuk menjadi syarikat kewangan paling kreatif di Malaysia.

 

 

Datuk Wan Razly Abdullah
Datuk Wan Razly Abdullah

 

 

 

“Selain meraikan pencapaian ini, kami berharap dapat memperkenalkan tawaran yang lebih menarik pada 2024,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Susulan kejayaan kempen itu, Affin kini bersiap sedia untuk acara berbilang sukan antarabangsa terbesar di dunia dengan memperkenalkan kempen Gold To Paris 2024 terbaharunya, yang berlangsung dari 1 Februari 2024 hingga 30 Jun 2024.

 

“Bank menawarkan pelanggan peluang untuk menang hadiah emas, pelancongan ke Paris yang ditanggung semua perbelanjaan (merangkumi Paris Summer Game, tiket penerbangan pergi balik dan penginapan), iPhone 15 Pro dan banyak lagi.

 

“Pelanggan boleh mengambil bahagian dengan membuka akaun, membuat deposit dan pelaburan, memohon produk, serta melakukan transaksi kewangan dengan bank semasa tempoh kempen,” tambahnya.

 

Maklumat lanjut tentang kempen Gold To Paris 2024 boleh dilayari di laman web https://www.affinalways.com/en/promotions - DagangNews.com