Ahmad Feizal Sulaiman Khan dilantik sebagai MD Amanah Raya Bhd | DagangNews Skip to main content

Ahmad Feizal Sulaiman Khan dilantik sebagai MD Amanah Raya Bhd

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 12 Okt - Amanah Raya Bhd melantik Ahmad Feizal Sulaiman Khan sebagai pengarah urusan kumpulan syarikat amanah itu berkuat kuasa serta-merta.

 

Amanah Raya berkata pihaknya yakin Ahmad Feizal akan menerajui kumpulan itu dalam mengekalkan penguasaannya sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan warisan terkemuka negara, yang merangkumi perkhidmatan penulisan wasiat, penjagaan, amanah dan pentadbiran harta pusaka.

 

Ahmad Feizal mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam kewangan korporat, pasaran modal, hartanah dan pengurusan perniagaan, menurut Amanah Raya.


 

ARB

 


Sebelum pelantikan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai perniagaan Malaysian Rating Corp Bhd.

 

"Ahmad Feizal ialah Fellow Chartered Accountant Institut Akauntan Bertauliah di Ireland, yang memperoleh Sarjana Muda Sains dalam Perakaunan dan Analisis Kewangan dari University of Warwick, UK," kata Amanah Raya. - DagangNews.com