AirAsia tawar 50,000 tempat duduk percuma, tambang serendah RM25 ke destinasi domestik  | DagangNews Skip to main content

AirAsia tawar 50,000 tempat duduk percuma, tambang serendah RM25 ke destinasi domestik 

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Mei - AirAsia menawarkan sebanyak 50,000 tempat duduk percuma dengan tambang sehala serendah RM25 ke destinasi-destinasi domestik popular, menerusi kempen 'Jom Cuti-Cuti Malaysia'.

 

Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam kenyataan berkata, promosi tersebut bermula 1 hingga 7 Mei 2023 untuk tempoh perjalanan antara 8 Mei dan 31 Oktober 2023.

 

Katanya, antara destinasi terlibat, termasuk Kuala Lumpur, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Kota Bharu, Tawau, Sibu dan Miri.

 

"Bagi Semenanjung Malaysia, tambang sehala termasuk semua bermula RM25. 

 

"Manakala, bagi Sarawak, tambang sehala termasuk semua bermula RM28 dan Sabah dengan tambang sehala termasuk semua bermula RM34. 

 

"Ia termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat lain," katanya.

 

 

airasia

 

 

airasia

 

 

Tambah kenyataan itu, orang ramai boleh 'klik' pada ikon 'flight' pada airasia Superapp atau laman web untuk menempah tempat duduk percuma tersebut. - DagangNews.com

 

 

airasia