AirAsia terima empat Airbus A321neo, menjadikan keseluruhan pesawat berjumlah 221 | DagangNews Skip to main content

AirAsia terima empat Airbus A321neo, menjadikan keseluruhan pesawat berjumlah 221

Majlis simbolik penerimaan empat pesawat baharu A321neo di ibu pejabat AirAsia di Sepang hari ini.
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 1 Ogos - AirAsia telah menerima empat pesawat baharu jenis Airbus A321neo bulan lalu yang menjadikan jumlah keseluruhan kapal terbang milik kumpulan itu kepada 221 buah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, sejurus ketibaan, empat pesawat ini terus berkhidmat untuk AirAsia Malaysia dan AirAsia Thailand.

 

Katanya, Airbus A321neo menyediakan kapasiti yang lebih besar untuk laluan jarak pendek hingga sederhana seperti Kuching, Tawau, Shenzhen, Kunming, Phuket, Krabi, Chiang Mai, dan banyak lagi.

 

"Tahun ini menandakan tahun penting untuk pertumbuhan AirAsia dan kami berbesar hati untuk menyambung semula penghantaran pesawat Airbus A321neo, selaras dengan peningkatan permintaan perjalanan. 

 

"Pesawat baharu ini membolehkan kami menambah laluan, menawarkan penerbangan jarak lebih jauh, dan meningkatkan kecekapan operasi," katanya dalam ucapan pada majlis pengumuman penerimaan pesawat Airbus A321neo di Sepang hari ini.

 

Majlis simbolik itu dirasmikan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.

 

air
AirAsia menerima empat lagi pesawat A321neo menjadikan keseluruhan pesawat kumpulan itu berjumlah 221 buah. -Gambar DagangNews

 

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Bo Liggam bekata, pesawat dalam kaegori lorong tunggal ini mempunyai kapasiti tempat duduk lebih banyak berbanding jenis sama dalam keluarga A320.

 

Katanya, kecanggihan teknologi dan kecekapan bahan api A321neo sejajar dengan matlamat AirAsia untuk mengurangkan kos operasi sambil mengekalkan pengalaman perjalanan terbaik untuk para tetamu. 

 

"Pesawat ini meningkatkan kecekapan operasi dengan kos 30 peratus lebih rendah berbanding pesawat berbadan lebar dan ini selari dengan matlamat kemampanan kumpulan," jelasnya.

 

A321neo
A321neo mempunyai kapasiti lebih 200 tempat duduk. 

 

Beliau memaklumkan, pesawat jenis ini yang lebih panjang ditumpukan kepada laluan yang mempunyai kapasiti tinggi seperti ke Singapura dan Bangkok selain destinasi demostik iaitu Kota Kinabalu dan Kuching.

 

"Pesawat ini mampu terbang sehingga 5 setengah jam. Ia pernah digunakan untuk ke Perth. Kita banyak gunakan untuk laluan yang mempunyai jumlah kapasiti penumpang yang tinggi," ujarnya.

 

airasia
Hasbi Habibollah bersama Bo Linggam pada majlis penerimaan Airbus A321neo di Red Q, Sepang hari ini.

 

Kata beliau, keseluruhannya AirAia menjangkakan bakal mempunyai pesawat sehingga melebihi 300 buah dalam tempoh lima tahun akan datang dan menerbangkan lebih daripada 100 juta tetamu pada setiap tahun.

 

"Pesawat baharu ini membolehkan kami menambah laluan, menawarkan penerbangan jarak lebih jauh, dan meningkatkan kecekapan operasi. 

 

"Kami juga berbangga untuk bekerjasama dengan AerCap, syarikat penyewaan penerbangan terbesar di dunia yang terkenal dengan portfolio dan capaian global. 

 

"Kerjasama ini membuktikan keyakinan peneraju industri terhadap trajektori pertumbuhan kami, sementara Airbus tetap memainkan peranan penting dalam rancangan pengembangan kami untuk lima tahun akan datang," katanya.

 

Menjawab soalan media, kata Bo Linggam, pertambahan pesawat baharu juga antara lain bagi menggantikan pesawat lama milik kumpulan itu.

 

"Kita akan terus menerima lima A321neo dalam bulan-bulan akan datang. Ia akan diterima secara berpeingkat satu atau dua buah sebulan sehingga akhir tahun ini," jelasnya. - DagangNews.com