Akses 5G pada iPhone 12 terhad? | DagangNews Skip to main content

Akses 5G pada iPhone 12 terhad?

iPhone 12 dan iPhone 12 Pro

NEW YORK 23 Okt. - Dunia peranti elektronik atau telefon pintar dilihat tidak melakukan perubahan atau penaiktarafan yang ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, barisan model iPhone terbaharu yang dikeluarkan Apple dilihat mempunyai peningkatan dan pembaharuan oleh penganalisis peranti berkenaan.

Setelah meluangkan masa untuk menguji dua daripada empat model terbaharu iPhone 12 iaitu iPhone 12 dan iPhone 12 Pro, penganalisis berpendapat model berkenaan mempunyai kecanggihan dan penaiktarafan yang mengagumkan dalam aspek ciri kameranya.

Model berkenaan sedikit nipis, kecil dan ringan berbanding model sebelumnya.

Model itu didatangi bersama cip pemprosesan yang lebih pantas, paparan OLED 6.1 inci dan lebih banyak pilihan warna.

Jelas penganalisis itu, kedua-dua model berkenaan mempunyai perbezaan ketara dalam aspek lensa kamera telefoto tambahan iPhone 12 Pro, lapor CNN.

Semasa pelancaran maya iPhone 12 baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook menyatakan model berkenaan ditambah baik dengan kelebihan rangakaian 5G.

 

iPhone 12

 

Kelebihan itu memberi kepantasan untuk memuat turun dan memuat naik serta ketepatan masa permainan yang lebih baik.

Berdasarkan pemerhatian penganalisis itu juga, rangakaian 5G yang dikatakan itu dilihat tidak memenuhi hype dan diluar kawalan Apple.

Walaupun versi 5G yang lebih perlahan kini sudah tersedia dengan meluas, versi 5G yang lebih pantas itu dilihat lebih sukar untuk diakses dan memerlukan laman selular berdekatan untuk menggunakannya.

"Rangkaian pantas itu dilihat hanya boleh diakses di pusat-pusat bandar utama kerana memerlukan pemasangan beratus-ratus laman sel kecil yang berdekatan antara satu sama lain untuk berfungsi.

"Saya melihat ikon 5G muncul semasa menguji telefon di pinggir bandar New York City, New Jersey dan New York, dan kadang-kadang kelajuannya meningkat dengan sederhana hingga sangat baik berbanding rangkaian LTE.

"Tetapi secara keseluruhannya, saya dapati bahawa rangakaian 5G tidak dapat diakses atau konsisten secara menyeluruh," jelasnya. - DagangNews.com