Al-Aqar Healthcare REIT cadang lupus Jeta Gardens Aged Care di Australia berharga RM74.9 juta | DagangNews Skip to main content

Al-Aqar Healthcare REIT cadang lupus Jeta Gardens Aged Care di Australia berharga RM74.9 juta

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Dis - Al Aqar Australia Pty Ltd, anak syarikat milik penuh Al-Aqar Healthcare Real Estate Investment Trust (REIT) kontrak penjualan tanah (LSC) dengan Principal Healthcare Finance Pty Ltd bagi cadangan pelupusan tanah dan Jeta Gardens Aged Care berharga RM74.9 juta.

 

Hasil daripada cadangan pelupusan itu akan digunakan sebahagiannya bagi penebusan pembiayaan Al-Aqar Healthcare REIT serta perbelanjaan berkaitan cadangan pelupusan itu.

 

Cadangan pelupusan itu dijangka sempurna pada separuh kedua tahun hadapan.

 

Pada masa sama, KPJ Healthcare Berhad melalui, iaitu Jeta Gardens (QLD) Pty Ltd dan anak syarikat milik penuhnya, Jeta Gardens Aged Care (QLD) Pty Ltd memeterai perjanjian jual beli perniagaan (BSA) dengan DPG Services Pty Ltd.

 

"Perjanjian ini melibatkan pelupusan perniagaan yang dijalankan oleh KPJ, merangkumi aset dan liabiliti khusus yang berkaitan dengan operasi perkhidmatan penjagaan warga emas kediaman di Jeta Gardens Aged Care.

 

"LSC dan BSA adalah saling bergantung, dan oleh itu, cadangan pelupusan dianggap sebagai transaksi pihak berkaitan di bawah Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Pasaran penjagaan warga emas telah mengalami peningkatan ketara, terutamanya perbelanjaan kerajaan, mencecah AU$4.2 bilion pada 2021, menandakan peningkatan 25% daripada 2020.

 

Peralihan itu i telah memberi kesan ketara kepada nilai pasaran Jeta Gardens Aged Care, mengurangkannya daripada AU$42.7 juta kepada AU$28.5 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

 

Cadangan pelupusan itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan ke atas nilai aset bersih (NAV) dan penggearan Al-Aqar kerana nilai aset kemudahan itu hanya mewakili 3.76% daripada jumlah nilai aset Al-Aqar.

 

Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Al-Aqar pada masa hadapan melalui kitar semula modal dalam aset berpotensi lebih tinggi, dan dengan itu menyumbang kepada peningkatan aliran pengagihan kepada pemegang unit. - DagangNews.com