AmBank Islamic diiktiraf Bank Islam Terbaik SME Bank Malaysia 2020 | DagangNews Skip to main content

AmBank Islamic diiktiraf Bank Islam Terbaik SME Bank Malaysia 2020

KUALA LUMPUR 7 Sept. - AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) berjaya merangkul Anugerah Bank Islam Terbaik SME Bank Malaysia 2020 oleh Global Banking & Finance Review (GBAF).

Mengulas mengenai pengiktirafan itu, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir melihat ia sekali gus mengesahkan komitmen pihaknya untuk membuka peluang dan menunjukkan sokongan selain komitmen kukuh kepada pelanggan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

Datuk Sulaiman Mohd Tahir
Sulaiman Mohd. Tahir

 

“Anugerah ini dimanifestasikan antaranya menerusi Ambank BizRACE dan khususnya dalam ‘Halal Quest’ AmBank Islamic iaitu pertandingan perniagaan berasaskan digital kepada PKS yang berhasrat mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Sementara itu, GBAF merupakan portal kewangan dan majalah bercetak di United Kingdom. 

Anugerah berkenaan memberi pengiktirafan kepada mana-mana syarikat terkemuka tanpa mengira saiz dalam beberapa bidang kepakaran dan kecemerlangan industri kewangan. - DagangNews.com