AmInvestment jangka ViTrox akan terus hadapi kekurangan bekalan selain pemintaan dari China | DagangNews Skip to main content

AmInvestment jangka ViTrox akan terus hadapi kekurangan bekalan selain pemintaan dari China

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Julai - AmInvestment Bank Research menjangkakan ViTrox Corporaton Berhad akan terus menghadapi masalah kekurangan bakat baharu dan kekurangan bekalan selain pemintaan yang kurang dari China kerana polisi sifar COVID-19 di negara itu.

 

Firma itu berkata, 28% pendapatan kumpulan pada 1QFY22 disumbangkan daripada China.

 

"Kami mengharapkan penjelasan lebih lanjut daripada pengurusan terutama mengenai permintaan Machine Vision System (MVS) dari China dalam satu pertemuan yang akan diadakan selepas ini," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan itu bagi 2QFY22 meningkat kepada RM51.35 juta berbanding RM50.64 juta berbanding setahun lalu didorong kekuatan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

 

Hasil suku tahunan menurun 3.46% kepada RM189.4 juta daripada RM196.19 juta tahun lalu kesan daripada jualan yang lebih rendah daripada bahagian MVS kumpulan mengimbangi permintaan tinggi yang berterusan daripada sektor pemeriksaan papan automatik (ABI).

 

Perbandingan suku ke suku, keuntungan bersih adalah 2.65% lebih tinggi daripada RM50.02 juta yang dilaporkan bagi suku Januari-Mac, manakala hasil meningkat 2.22% daripada RM185.28 juta.

 

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, untung bersih kumpulan meningkat 24.64% kepada RM101.375 juta daripada RM81.34 juta setahun sebelumnya, terutamanya disebabkan oleh dolar AS yang lebih kukuh dan campuran produk yang menggalakkan.

 

Firma terus menggmari ViTrox kerana memiliki penawaran produk ABI dan MVS yang menarik yang memberi fokus kepada membangunkan kecerdasan buatan (AI) bersama platform analiyik data V-One.

 

"Kami percaya ia akan mewujudkan ekosistem menarik dalam menarik lebih ramai pelanggan baharu selain mengekalkan pelanggan sedia ada.

 

"Prospek masa hadapan juga disokong oleh jualan kumpulan yang pelbagai dari segi rangkaian geografinya dan usaha berterusannya untuk mengurangkan tumpuan pelanggan," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan nilai wajar (FV) RM9.89 sesaham. - DagangNews.com