AmInvestment positif terhadap prospek Inari Amertron didorong daya tahan pendapatan produk frekuesi radio | DagangNews Skip to main content

AmInvestment positif terhadap prospek Inari Amertron didorong daya tahan pendapatan produk frekuesi radio

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mei - AmInvestment Bank Research positif terhadap prospek Inari Amertron Berhad didorong daya tahan pendapatan produk frekuensi radio (RF) dan margin lebih tinggi dalam peranti dan aplikasi 5G.

 

Firma itu berkata, selain itu ia juga disokong rancangan kumpulan untuk meningkatkan serta mempelbagaikan aliran hasil melalui usaha sama dalam pemasangan semikonduktor penyumberan luar serta operasi pembuatan ujian di China.

 

"Kedudukan tunai bersih sebanyak RM2 bilion pada Disember 2022 diterjemahkan kepada 24% daripada permodalan pasarannya. 

 

"Bagaimanapun kelembapan permintaan mungkin lebih teruk daripada jangkaan bagi segmen peranti mudah alih disebabkan oleh kemelesetan ekonomi global mungkin menimbulkan risiko penurunan kepada unjuran pendapatan dan nilai saksama kami.

 

"Pengukuhan ringgit berbanding dolar Aerika Syarikat (AS) juga akan merugikan kumpulan memandangkan eksport menyumbang 95% daripada jualan 1HFY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, Broadcom telah memperoleh perjanjian berbilion dolar baharu dengan pembuat telefon pintar Amerika Utara untuk membangunkan komponen RF 5G termasuk penapis Filem Bulk Acoustic Resonator (FBAR) dan komponen sambungan tanpa wayar termaju.

 

Katanya, ia selaras dengan senario kes asas kami bahawa Broadcom akan terus memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan pembuat telefon pintar Amerika Utara, terutamanya yang berkaitan dengan kekuatan terasnya iaitu cip RF.

 

"Kami mengekalkan unjuran pendapatan FY23-FY25 dengan RF menyumbang 62%-64% daripada hasil Inari pada suku sebelum ini," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga wajar (FV) RM3.72 sesaham. - DagangNews.com