KUALA LUMPUR 28 Mei - Tempoh penghantaran helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk secara sewaan yang sepatutnya diterima Tentera Darat nampaknya berakhir beberapa hari lagi.
Sebelum ini kepimpinan Tentera Darat memberi kata putus untuk mengusulkan kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) agar kontrak sewaan itu dibatalkan.
Ini berikutan Tentera Darat tidak berpuas hati apabila penghantaran helikopter pengangkut saiz sederhana itu lewat dilaksanakan berbanding jadual.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7374238847300848914.jpg?itok=FZ3gBlMg","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7374238847300848914?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7254837072970827265","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
Kontrak bernilai RM187 juta dimeterai sejak tahun 2022 dan mengikut perancangan awal, helikopter Sikorsky UH-60A+ Black Hawk akan tiba pada bulan November tahun lalu.
Empat buah helikopter ini disewa untuk tempoh lima tahun sebelum Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) memutuskan perolehanan helikopter yang diinginkan.
Bagaimana pun, ia ditunda pada April lepas dan sekali lagi dilanjutkan sehingga penghujung Mei.
Mengikut perancangan sepatutnya penghantaran bagi 4 buah helikopter itu selesai pada bulan April.
Walaupun diterima secara sewaan namun penerimaan helikopter itu pastinya melonjakkan lagi keupayaan operasi udara dan latihan Tentera Darat.
Sehubungan itu Mindef wajar membatalkan keputusan itu sekiranya terdapat klausa yang termaktub di dalam syarat dan perjanjian kontrak yang membenarkan pembatalan dibuat.
Bagi mengelak sebarang implikasi pula, Mindef perlu menyemak semula syarat perjanjian dengan teliti.
Sekiranya terdapat mana-mana terma yang memberi kerugian kepada kerajaan maka keputusan pembatalan itu perlu dipertimbangkan.
Secara amnya, setiap kontrak perjanjian kerajaan termasuklah kelengkapan pertahanan mempunyai satu jawatankuasa yang berperanan memantau pelaksanaan sehingga kontrak selesai disempurnakan.
Ini kerana kebiasaannya terdapat beberapa perkara atau keperluan yang dimasukkan di dalam kontrak, misalnya pembekal perlu menyediakan latihan sebagai syarat.
Justeru, pembatalan sesuatu kontrak yang gagal disempurnakan nampak mudah tetapi ada prosedur tertentu untuk dilengkapkan.
Walaupun setelah kontrak dibatalkan, Tentera Darat terpaksa menunggu tempoh tertentu untuk mendapatkan helikopter lain misalnya disewa kerana perlu menunggu tawaran kontrak baharu.
Imbas kembali, Tentera Darat berdepan isu sama 8 tahun lalu apabila helikopter jenis MD-530G buatan Amerika Syarikat yang dibeli lewat diterima.
Mindef pada 2016 membeli 6 buah helikopter tempur ringan ini dengan kontrak bernilai AS$76.4 juta berikutan pesawat gagal dihantar sehingga 2019.
Dua helikopter itu sepatutnya diterima pada Julai 2017, manakala 4 lagi pada Disember 2018 walaupun kerajaan sudah membayar RM112.65 juta atau 35% daripada jumlah keseluruhan pembelian.
Menteri Pertahanan waktu itu, Mohamad Sabu bertegas bahawa kerajaan akan mengambil tindakan terhadap syarikat dan individu terbabit dalam pembelian helikopter tersebut.
Kerajaan juga katanya akan menuntut wang yang sudah dibayar, jika ia membatalkan pembelian helikopter itu.
Kontrak itu juga dilaporkan diluluskan dalam keadaan tiada spesifikasi ketenteraan mengenai pembelian helikopter itu, sedangkan ia perkara wajib dalam pembelian aset tentera.
Bagaimana pun, pada 13 Jun 2022, syarikat tersebut, Destini Bhd. menyelesaikan penghantaran selepas menamatkan 'Final Acceptance Test' kesemua helikopter.
Susulan itu kerajaan memutuskan tiada pendakwaan dilaksanakan berhubung kes pembelian helikopter tempur ringan MD530G tersebut. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/lw_zYDZTfGg.jpg?itok=dlEsP-23","video_url":"https://youtu.be/lw_zYDZTfGg","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}