ASA 2.0 kini pada Perodua Myvi, warna baharu | DagangNews Skip to main content

ASA 2.0 kini pada Perodua Myvi, warna baharu

KUALA LUMPUR 15 Julai - Perodua Myvi terus meningkatkan tahap keselamatan kenderaanya dengan memperkenalkan Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 yang dilengkapi ciri keselamatan baharu berserta warna luaran yang lebih menarik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, kenderaan yang dilengkapi ciri baharu itu sudah boleh ditempah di semua bilik pameran Perodua di selurah negara.

"Sebelum ini sistem ASA hanya terdapat pada varian 1.5 AV. Kini versi baharu ASA 2.0 ini terdapat pada varian 1.5 AV dan 1.5 H selain turut ditawarkan secara terpilih pada varian 1.3X.

"Dengan Myvi terkini ini, Perodua terus membawa teknologi keselamatan yang canggih kepada pengguna dengan menjadikannya mampu milik," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Myvi

Pada 2017, sistem ASA yang mampu mengurangkan risiko pelanggaran itu telah diperkenalkan Perodua Myvi pada kenderaan generasi ketiga mereka.

Sistem tersebut merangkumi amaran pra-pelanggaran (hingga 30km/j), brek pra-pelanggaran (hingga 30km/j) serta amaran pergerakan hadapan dan kawalan kesilapan pedal.

"ASA 2.0 muncul pada kenderaan Aruz buat kali pertama pada 2019. Sistem ini menambah ciri pengesan pejalan kaki (hingga 50km/j) dan meningkatkan kelajuan operasi amaran pra-pelanggaran (hingga 100km/j) serta brek pra-pelanggaran pada kadar 80 km/j.

harga

"Kemudian ASA 2.0 diperkenalkan pula pada Axia 2019 dan Bezza 2020. Kini diperkenal pada Myvi yang ditampilkan dengan jaminan lima tahun atau jumlah jarak perjanan kenderaan 150,000km," jelasnya lagi.

Myvi kini boleh didapati dalam lima warna luaran baharu iaitu Electric Blue bagi semua jenis varian, dan empat lagi warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Lava Red dan Granite Grey untuk semua varian kecuali 1.3G. - DagangNews.com