Aset Malakoff di Asia Barat berisiko jika perang merebak - TA Securities | DagangNews Skip to main content

Aset Malakoff di Asia Barat berisiko jika perang merebak - TA Securities

Malakoff mempunyai beberapa aset di Arab Saudi dan dua negara lain di Asia Barat. Gambar Malakoff
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 22 April - Aset Malakoff Corporation Berhad di Timur Tengah mungkin berisiko jika konflik Iran-Israel yang semakin memuncak merebak ke bahagian lain di rantau tersebut.

 

Menurut TA Securities, Malakoff mempunyai kepentingan dalam loji penyahgaraman air di Arab Saudi, Oman dan Bahrain.

 

"Aset-aset ini yang diramalkan menyumbang RM134 juta kepada bahagian keuntungan dalam tahun kewangan 49% (FY24) mungkin terjejas sekiranya perang melanda negara-negara berkenaan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

iwpp
Al-Hidd Independent Water and Power Producer (IWPP) terletak di Bahrain./Gambar Malakoff

 

Sementara itu, firma penyelidikan tersebut menjangkakan syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar tersebut kembali mencatat keuntungan pada suku pertama tahun kewangan 2024 (1QFY24) berikutan peningkatan dalam margin bahan api negatif

 

TA Securites dalam nota penyelidikan hari ini meramalkan bahawa kumpulan itu akan mencatatkan keuntungan teras sebanyak RM60-RM70 juta pada 1QFY24.

 

"Harga arang batu Newcastle telah stabil sejak Jun 2023, menunjukkan bahawa margin bahan api negatif yang paling teruk telah berakhir. 

 

"Pemerolehan 49% kepentingan dalam E-Idaman harus menyumbang tambahan 3%-5% kepada untung bersih kumpulan untuk FY24-FY26," jelasnya.

 

Firma penyelidikan itu juga menjangkakan Malkoff kembali mencatatkan untung kerana ketiadaan penjejasan nilai ke atas Al-Hidd Independent Water and Power Producer (IWPP) di Bahrain yang didaftarkan pada 4QFY23. 

 

"Kami meramalkan bahawa kumpulan itu akan mencatatkan keuntungan teras RM60-RM70juta pada 1QFY24, mewakili 22%-25% daripada ramalan setahun penuh kami. Keuntungan teras termasuk kesan margin bahan api," jelasnya.

 

Kata TA Securities, tiada perubahan pada ramalan pendapatan dengan mengekalkan saranan Beli dengan harga sasaran (TP) tidak berubah sebanyak 75 sen sesaham.

 

"Kumpulan itu pada masa ini menawarkan hasil dividen yang menarik sebanyak 6.8%-8.3% untuk FY24-FY26," katanya. - DagangNews.com