Bank Islam tawar hadiah lima kereta Perodua Ativa menerusi kempen belanja dan menang | DagangNews Skip to main content

Bank Islam tawar hadiah lima kereta Perodua Ativa menerusi kempen belanja dan menang

Mizan Masram (tengah) ketika pelancaran Kempen ‘LUCKY FIVE-BULOUS’ di Menara Bank Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Feb - Bank Islam Malaysia Bhd menawarkan hadiah utama lima buah kereta Perodua Ativa dan 25 tablet Apple iPad Pro sebagai hadiah saguhati menerusi kempen belanja dan menang 'LUCKY FIVE-BULOUS' yang berlangsung sehingga 30 Jun 2023.

 

Bank Islam dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen tersebut khusus untuk pemegang Kad Debit-i dan Kad Kredit-i Bank Islam, yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik bernilai lebih RM300,000.

 

Katanya, untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu berbelanja menggunakan Kad Debit-i atau Kad Kredit-i Bank Islam mereka. 

 

"Pelanggan layak mendapat satu kelayakan atas setiap perbelanjaan runcit bernilai RM50 dan dua kelayakan untuk setiap perbelanjaan RM50 di stesen petrol.

 

"Pemenang untuk hadiah utama akan dipilih melalui cabutan bertuah yang melayakkan seorang pemenang untuk setiap bulan, manakala bagi hadiah saguhati, seramai lima pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah kelayakan tertinggi untuk bulan tersebut," katanya.

 

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan Runcit Bank Islam, Mizan Masram berkata, penganjuran kempen tersebut bertujuan untuk menghargai sokongan dan kesetiaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Bank Islam selama ini. 

 

Oleh itu katanya, bank ingin menyediakan ganjaran menarik kepada pelanggan setiap kali mereka berbelanja dengan menggunakan Kad Debit-i dan Kad Kredit-i Bank Islam. 

 

 

bankislam

 

 

"Lebih banyak pembayaran dibuat menggunakan Kad-i kami, lebih banyak peluang untuk menang.

 

“Pembayaran tanpa tunai kini menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat kerana transaksi yang mudah, pantas dan selamat. 

 

"Penganjuran kempen ‘LUCKY FIVE-BULOUS’ bertujuan menggalakkan lagi penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai, lantas mempercepatkan penerimaan pembayaran digital dalam urusan jual beli, selain merealisasikan matlamat negara untuk membentuk masyarakat tanpa tunai,” katanya.

 

 

bankislam

 

 

Tambahnya, Bank Islam akan terus menganjurkan pelbagai kempen menarik dan relevan untuk manfaat pelanggan setia.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘LUCKY FIVE-BULOUS’, pelanggan boleh melayari www.bankislam.com/campaigns/wow. - DagangNews.com