Bask Bear Coffee buka cawangan pandu lalu Malaysia Timur pertama di Bintulu | DagangNews Skip to main content

Bask Bear Coffee buka cawangan pandu lalu Malaysia Timur pertama di Bintulu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 22 April - Bask Bear Coffee (BBC) terus mengembangkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan cawangan pandu lalu pertama Malaysia Timur di Bintulu, Sarawak.

 

Cawangan di NAIM Street Mall, Bintulu Paragon ini adalah cawangan yang terbesar dengan keluasan 1,600 kaki persegi. 

 

Daerah Bintulu terletak di tengah wilayah Borneo di mana BBC mendapatkan sumber Gula Aren® eksklusifnya bagi siri minuman Kopi Aren® Signature.

 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding, Bryan Loo berkata, BBC memilih lokasi itu kerana ia merupakan pusat beli-belah terkenal di Bintulu dan merupakan yang terbesar di Sarawak selain terkenal dengan laluan pejalan kaki berbumbung terpanjang di Sarawak.

 

Beliau berkata, BBC mengutamakan keselesaan, justeru pelaburan tambahan dilakukan bagi menjadikan cawangan ini berkonsep pandu lalu.

 

bask bear
Naib Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Haidar Ali (kiri) bersama Bryan Wong semasa majlis perasmian cawangan pandu lalu pertama Bask Bear Coffee Malaysia Timur di NAIM Street Mall, Bintulu Paragon.

 

"Dengan penekanan berterusan terhadap keselesaan pelanggan, Bask Bear merancang untuk membuka lebih banyak cawangan di Malaysia Timur selain 13 cawangan sedia ada, iaitu lima di Sarawak termasuk Bask Bear pandu lalu Bintulu Paragon, dan lapan di Sabah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Majlis perasmian cawangan pandu lalu itu dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, baru-baru ini. 

 

Sempena pelancaran itu, BBC pandu lalu di Bintulu Paragon menawarkan 100 cawan minuman percuma kepada 100 pelanggan pertamanya pada hari pembukaan cawangan, serta tawaran beli satu percuma satu bermula 18 hingga 22 April, dari 11 pagi hingga 2 petang dan 5 petang hingga 8 malam.

 

Bryan berkata, pihaknya akan terus memberi fokus kepada pengembangan strategi digitalnya seperti penggunaan aplikasi Bask Bear yang dilancarkan pada tahun lalu. 

 

Beliau berkata, aplikasi itu menawarkan perkhidmatan ‘pick up’ & perkhidmatan penghantaran, serta dilengkapi dengan program keahlian yang membolehkan pelanggan memperoleh mata ganjaran bagi setiap pembelian sama ada secara ‘walk in’ atau melalui aplikasi.

 

“Bagi menghargai pengguna baharu aplikasi ini, kami memberikan diskaun 40% bagi perbelanjaan minimum RM25 untuk pembelian pertama mereka,” katanya. - DagangNews.com