Batik Air perkenal laluan baharu KL ke Batam, tawar tambang serendah RM139 | DagangNews Skip to main content

Batik Air perkenal laluan baharu KL ke Batam, tawar tambang serendah RM139

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 19 Feb - Batik Air melancarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Batam, Indonesia baru-baru ini, yang mana perkhidmatan baharu itu beroperasi tiga kali seminggu.

 

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, jadual penerbangan itu akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setiap Selasa, Jumaat dan Ahad pada 4.10 petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim (BTH) pada 4.20 petang waktu tempatan. 

 

Katanya, penerbangan pergi balik akan berlepas dari BTH pada 1.15 petang (waktu tempatan) dan tiba di Kuala Lumpur setiap Isnin, Rabu dan Sabtu pukul 3.25 petang.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pengenalan laluan itu menggariskan komitmen pihaknya untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar dan seterusnya
mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat penerbangan terkemuka di rantau ini.

 

"Pelancaran penerbangan terus dari Batam ke Kuala Lumpur mewakili langkah strategik untuk Batik Air sambil kami terus mengembangkan kehadiran kami di pasaran utama. Laluan ini bukan sahaja meningkatkan ketersambungan tetapi juga berfungsi sebagai pintu masuk untuk penumpang mengakses pelbagai destinasi serantau dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan media di sini.

 

Chandran berkata, laluan baharu itu akan membolehkan penumpang dari Batam untuk menyambung ke rangkaian penerbangan Batik Air yang semakin berkembang ke 53 destinasi merentasi 22 negara melalui KLIA.

 

Beliau berkata, sebagai hab penerbangan terkemuka, KLIA memudahkan akses penumpang untuk menerokai destinasi Malaysia yang menawan seperti Pulau Pinang, Langkawi, dan Kuching. 

 

 

batik air

 

 

"Dengan perkhidmatan baharu ini, ia bukan sahaja akan memberikan fleksibiliti dan kemudahan yang lebih besar untuk pelancong sama ada untuk masa lapang atau perniagaan, tetapi juga merangsang penerimaan pelancongan dan mengukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

 

"Selain itu, KLIA juga berfungsi sebagai titik transit yang ideal untuk destinasi antarabangsa yang popular merentasi ASEAN, benua kecil India, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan Asia Tengah, memenuhi keperluan pelbagai pengembara perniagaan dan pencari percutian," katanya.

 

 

batik air

 

 

Katanya, pihaknya komited untuk memenuhi keperluan penumpang yang semakin berkembang, dan seiring dengan perkembangan Batam semakin menarik dan mendapat permintaan.

 

 

batik air

 

 

batik air

 

 

"Kami telah melancarkan laluan baharu ini untuk memenuhi peningkatan memerlukan pilihan perjalanan yang mudah," katanya.

 

Sementara itu, Batik Air menawarkan tambang promosi istimewa bermula dari RM139, termasuk tiket kelas ekonomi sehala. - DagangNews.com