Bekas CEO Al Rajhi Bank, Arsalaan (Oz) Ahmed dilantik sebagai Pengerusi MMOB | DagangNews Skip to main content

Bekas CEO Al Rajhi Bank, Arsalaan (Oz) Ahmed dilantik sebagai Pengerusi MMOB

Arsalaan (Oz) Ahmed
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 1 Nov - Penyedia perkhidmatan kewangan terbenam, mmob Ltd mengumumkan pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank, Arsalaan (Oz) Ahmed sebagai pengerusi eksekutif mmob. 

 

Oz, yang mengasaskan syarikat itu bersama Ketua Pegawai Eksekutif mmob, Irfan Khan pada 2020, akan
berpangkalan di Malaysia yang mana mempunyai anak syarikat, mmob Sdn Bhd, yang memberi perkhidmatan kepada rantau ASEAN. 

 

Sebagai tambahan, syarikat itu juga mengekalkan ibu pejabatnya di London, United Kingdom dengan rancangan perniagaan masa depan untuk berkembang ke kawasan Timur Tengah.

 

Oz adalah peneraju perbankan terbilang yang memenangi anugerah dengan pengalaman hampir dua dekad dalam perkhidmatan kewangan termasuk tujuh tahun sebagai ketua pegawai eksekutif dengan HSBC dan Al Rajhi Bank. 

 

Beliau juga diiktiraf sebagai peneraju pemikiran utama dalam kedua-dua teknologi digital dan kemampanan dalam industri perbankan.

 

Oz berkata, beliau teruja menyertai peneraju fintech yang berwawasan yang mana Irfan dan ahli pasukannya yang sangat berbakat di mmob untuk menyokong pengembangan dan pertumbuhan perniagaan.

 

"Selain itu, ia membantu pelanggan di peringkat antarabangsa dengan memaksimumkan peluang yang sangat penting dalam perkhidmatan kewangan terbenam," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini. - DagangNews.com