Binastra peroleh kontrak pembinaan pangsapuri 39 tingkat bernilai RM235.5 juta | DagangNews Skip to main content

Binastra peroleh kontrak pembinaan pangsapuri 39 tingkat bernilai RM235.5 juta

Gambar Binastra
Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 2 Sept - Binastra Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd meraih kontrak pembinaan pangsapuri servis setinggi 39 tingkat di Petaling Jaya bernilai RM235.48 juta.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Binasastra berkata, subsidiarinya itu menerima surat anugerah daripada Mightyprop Sdn Bhd pada 2 September 2024.

 

Katanya, kontrak berkenaan antaranya untuk pembinaan dan penyelesaian kerja tanah, cerucuk, kerja bangunan utama dan kerja infrastruktur di Plot 4. 

 

"Ia terdiri daripada satu blok bangunan pangsapuri servis 39 tingkat dengan 662 unit dan satu tingkat kemudahan "Sky Garden" di bumbung dan kemudahan di Tingkat 1 di atas podium ruang letak kereta empat tingkat.

 

"Ini termasuk dua unit ruang perniagaan, dua tingkat bawah tanah dan tiga tingkat bawah tanah serta lapan unit ruang perniagaan dan seunit stesen utama substation 11KV di Lot PT 51994, No. 7, Jalan PJU 8/8B, Sentral Damansara, PJU 8, Petaling Jaya," katanya hari ini.

 

Menurut Binasastra, kontrak ini akan diselesaikan dalam tempoh 40 bulan dari tarikh permulaan yang akan diberitahu kemudian melalui Arahan Arkitek," katanya hari ini.

 

Katanya, kontrak ini dijangka memberikan aliran pendapatan tambahan kepada Kumpulan sepanjang empat tahun kewangan yang akan datang.

 

"Kontrak ini tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan Syarikat, tetapi dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih setiap saham Kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Januari 2025 hingga 2028," ujarnya.- DagangNews.com