BNM tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran | DagangNews Skip to main content

BNM tambah 2 syarikat baharu dalam senarai amaran

 

 

KUALA LUMPUR 13 April - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengemaskinikan dan menambah dua syarikat baharu dalam Senarai Amaran Perniagaan Perkhidmatan Wang (MSB), seperti dilapor Bernama.

 

Menerusi satu ciapan di Twitter @BNM_ocial, BNM menjelaskan dua syarikat tersebut iaitu Oscar Saloon Photo Studio dan SMJ Mulya Enterprise. 

 

Oscar Saloon Photo Studio merupakan syarikat yang beralamat di Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur manakala SMJ Mulya Enterprise pula beralamat di Taman Melur dan Kampung Tasek Permai di Ampang, Selangor.

 

Kedua-dua syarikat  terbabit telah dikenakan perintah mahkamah kerana menjalankan perniagaan perkhidmatan wang tanpa lesen  mengikut  Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011. - DagangNews.com