Boikot Starbucks akibatkan Berjaya Food kerugian besar RM42.58 juta | DagangNews Skip to main content

Boikot Starbucks akibatkan Berjaya Food kerugian besar RM42.58 juta

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 22 Feb - Pemboikotan konflik Israel-Palestin terhadap francais Starbucks mengheret turun Berjaya Food Bhd yang mencatat rekod kerugian bersih RM42.58 juta bagi suku kedua berakhir 31 Dis 2023 (2QFY2024) berbanding keuntungan bersih RM35.49 juta setahun tahun lebih awal.

 

Pendapatan juga terjejas oleh kerugian RM10.5 juta daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam Jollibean Foods Pte Ltd, menurut kumpulan makanan dan minuman itu di Bursa Malaysia.

 

Hasil suku tahunan Berjaya Food susut 38.19% kepada RM182.55 juta berbanding RM295.32 juta sebelumnya, berikutan jualan yang lebih rendah kerana boikot.

 

Begitu juga, bagi enam bulan berakhir 31 Dis 2023 (6MFY2024), Berjaya Food mengalami kerugian bersih sebanyak RM23.55 juta berbanding keuntungan bersih RM70.19 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil turun 20.28% kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.

 

 

iktisad

 

 

Walaupun prestasi kewangan yang lemah untuk dua suku pertama FY2024, BFood berkata kumpulan itu menjangkakan prestasi operasinya menunjukkan peningkatan dalam baki dua suku lagi.

 

“Selain itu, lembaga pengarah percaya bahawa prestasi operasi akan pulih dan mendapatkan semula momentum, melihat keadaan semasa sebagai jangka pendek dan menjangkakan kemajuan positif pada masa hadapan,” tambahnya.

 

Saham BFood berakhir 1.5 sen lebih rendah atau 2.56% kepada 57 sen ketika pasaran ditutup Rabu, memberikan kumpulan itu permodalan pasaran RM1.11 bilion.- DagangNews.com