Boustead Properties, Anak Rimba Books anjurkan acara bercerita, tanam minat  penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak | DagangNews Skip to main content

Boustead Properties, Anak Rimba Books anjurkan acara bercerita, tanam minat  penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak

Farah Landemaine (di atas) membaca ‘Let’s Try Something New’ kepada kanak-kanak Rumah Cahaya Kasih
Oleh Syaza Norazharuddin

KUALA LUMPUR 31 Julai - Boustead Properties Bhd bekerjasama dengan Anak Rimba Books menganjurkan acara bercerita disertai oleh 30 kanak-kanak Pusat Jagaan Cahaya Kasih di Galeri Pertunjukan Mutiara Spaces, Mutiara Damansara. 

 

Menurut kenyataan media, Boustead properties berkata, acara itu merupakan sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-20 pusat beli-belah The Curve.

 

Acara bercerita itu bertujuan untuk memberi inspirasi dan menanam minat terhadap penjagaan alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak melalui pembelajaran yang menyeronokkan.

 

Acara itu juga menampilkan dua cerita daripada buku-buku menarik seperti ‘Let’s Try Something New’ dan ‘Beyond Mimo’s Tree’, diketuai oleh pengasas dan pengarang Anak Rimba Books, Abyan Junus-Nishizawa dan Farah Landemaine. 

 

hhh
Abyan Junus-Nishizawa membacakan cerita 'Beyond Mimo's Tree'.

 

Boustead Properties berkata, kanak-kanak yang menghadiri acara itu berasa gembira apabila menerima salinan buku Anak Rimba, tajaannya.

 

Selain itu, acara itu juga mempamerkan filem pendek khas bertajuk 'What Goes Up, Must Come Down' yang ditayangkan di auditorium mini galeri pameran itu.

 

hhh
Ibu bapa dan anak-anak yang menghadiri sesi bercerita bersama Buku Anak Rimba di The Curve.

 

 

Filem pendek dihasilkan oleh Anak Rimba Books menekankan bagaimana pilihan kecil dibuat setiap hari boleh memberi impak besar kepada planet.

 

Acara dianjurkan itu merupakan sebahagian daripada agenda kelestarian Boustead Properties, menunjukkan komitmen syarikat mempromosikan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui jangkauan komuniti.- DagangNews.com