Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Kolumnis DagangNews.com
DALAM mukadimah bukunya, Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis: “...Kerajaan Pakatan Harapan tidak pernah menjadi punca harapan. Jauh sekali. Sehingga hari ini, saya percaya bahawa Kerajaan Pakatan Harapan 2018-2020, dengan dasar dan komitmen kami untuk masa depan yang lebih bersih dan lebih baik, adalah jalan yang betul untuk Malaysia. Dan dalam tempoh yang singkat ia mentadbir negara, ia banyak membantu untuk membalikkan penyalahgunaan golongan kleptokrat.
“Kami telah dikhianati.”
Saya membaca sebahagian dari buku terbarunya yang memuji orang Melayu yang telah menyesuaikan diri dengan teknologi baru dan melakukan dengan baik sendiri, tetapi berkata pemikiran beberapa anak muda hari ini masih terperangkap dengan cara lama.
Pada masa lalu Dr Mahathir bercakap tentang pembangunan ekonomi dan akses ekonomi dalam istilah perkauman tetapi menunjukkan hanya bercakap benar.
Seterusnya beliau berkata walaupun menyedari bahawa keadaan telah berubah dari zamannya sebagai perdana menteri dari tahun 1980-an hingga awal 2000-an – rakyat Malaysia masih mempunyai kecenderungan untuk bercakap mengenai pembangunan ekonomi dan akses ekonomi dalam istilah perkauman.
“Saya telah melakukan banyak perkara tersebut dan saya juga telah dikritik kerana umum tentang Melayu: Saya memanggil mereka malas, sebagai contoh, walaupun sebenarnya adalah apabila saya mengatakan bahawa, saya hanya menangani orang-orang Melayu yang malas dan yang memilih untuk menjual atau membuang peluang-peluang yang banyak disediakan untuk mereka.
“Sebenarnya pada tahun 2021 kita kini mempunyai ramai anak muda Melayu, dan mereka berpendidikan tinggi. Mereka memahami teknologi baru dan melakukannya dengan baik. Mereka telah berjaya memacu revolusi digital, dan dalam jumlah kes yang semakin meningkat, mereka memimpin perubahan dan melakukan kita semua bangga,” tulisnya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata masih ada anak muda Melayu yang terperangkap dengan cara lama untuk melakukan sesuatu. Seperti saya yang hidup lama di luar negara dan kembali keluar negara yang sewaktu muda pernah berfikiran yang sama.
Saya anak ulama dengan keturunan bercampur antara Melayu dan Cina dan anak-anak memilih bangsa Korea dan China sebagai pasangan. Tetapi jiwa masih Melayu dengan semangat untuk membantu bangsa Melayu.
“Mereka yang cenderung hanya memikirkan kepentingan segera mereka: ‘Saya mempunyai perniagaan saya,’ kata mereka. ‘ Saya mempunyai cukup untuk makan; Saya boleh menunaikan haji; apa lagi yang saya perlukan? Inilah sebabnya mengapa penjaja Melayu di tepi jalan akan kekal sebagai penjaja tepi jalan pada masa akan datang.”
Dr Mahathir menegaskan bahawa kumpulan ini apabila keadaan menjadi buruk, mereka melihat dan mengharapkan bantuan dari kerajaan dan merasa berhak untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Begitulah bangsa Melayu menurut Mahathir yang ada benarnya.
Dr Mahathir berkata, peluang berleluasa untuk orang Melayu di negara ini, tetapi kerana sistem nilai mereka, mereka gagal memanfaatkannya.
“Kenapa orang Bangladesh ada di sini? Mengapa orang Indonesia berada di sini? Kenapa orang lain datang bekerja di sini? Ini kerana kita tidak mahu bekerja. Ia sangat mudah.
“Sudah tentu ada ramai orang yang bekerja keras. Saya tidak bercakap tentang mereka, saya bercakap tentang mereka yang boleh melakukan kerja, tetapi enggan berbuat demikian,” kata Dr Mahathir.
Daripada pengalamannya sendiri mengusahakan kedai roti sendiri, The Loaf, dia menyedari bahawa apabila dia menggaji orang Melayu, mereka tidak begitu mengambil berat dan tidak berbangga dengan pekerjaan mereka.
“Saya pernah jadi majikan, saya pernah ada kedai roti. Sudah tentu saya menggaji orang Melayu, tetapi saya dapati mereka tidak kisah sangat sama ada mereka melakukannya dengan baik atau tidak.
Begitu juga saya pernah mengambil orang Melayu sebelum ke luar negara dengan pelbagai masalah. Dari berniaga kantin untuk setahun dengan permasalahan pekerja yang tidak dapat diselesaikan dan mengambil bangsa asing sewaktu berniaga di Dubai.
“Anda lihat, sistem nilai kita antara Melayu dan Cina sangat berbeza. Jika orang Melayu boleh mengamalkan sistem nilai Cina, saya pasti mereka akan bersaing dengan orang Cina,” sambung Dr Mahathir.
Kerana sistem nilai yang dipegang oleh orang Melayu, rakyat luar Malaysia kini memanfaatkan peluang yang ada di negara ini.
Saya pernah bekerja dengan syarikat Cina yang mengambil saya untuk menjual komputer peribadi. Saya bekerja hampir tiga tahun untuk belajar bisnes walau terasa prejudis dan diskriminasi.
“Tetapi pada masa ini, kita dapati banyak pekerjaan di Malaysia, tetapi orang Melayu menganggur. kenapa? Kerana mereka tidak mahu melakukan kerja itu. Sesetengah pekerjaan tidak akan menjadi kelas yang sangat tinggi, tidak memberi anda gaji yang tinggi tetapi orang Bangladesh yang datang ke sini, mereka bermula sebagai buruh, melakukan kerja kasar.”
Ini adalah satu persoalan yang masih mengganggu saya bila difikirkan terutama graduan yang mengganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang pada 2020 berbanding 165,200 pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Siswazah 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan.
Kita ada hampir 4 juta bangsa asing.
“Sekarang mereka telah membeli lebih banyak kedai Melayu, dan kini mereka juga memborong untuk membekalkan orang ramai dengan barangan dan semua itu. Mengapa ini berlaku? Ia berlaku kerana sistem nilai, bukan sahaja antara Melayu dan Cina, tetapi antara Melayu dan Bangladesh.”
Saya berada di luar negara apabila Bangladesh mula memasuki Malaysia dan bercambah hingga jutaan. Saya merasakan ahli politik turut ada peranan dan rasuah dalam hal kemasukan Bangladesh, Nepal dan bangsa lain.
“Mereka lari dari negara mereka kerana peluang tidak begitu baik. Mengapa mereka datang ke sini? Kerana kami mempunyai peluang baik yang kami tidak mahu ambil, dan orang lain ambil.”
Dr Mahathir mendakwa bahawa jika kerajaan yang dipilih seterusnya dibentuk daripada ahli politik yang korup, itu akan menjadi penamat perjuangan menentang rasuah "kerana kerajaan yang korup akan memastikan melalui rasuah, mereka akan kekal berkuasa".
“Jadi pilihan raya akan datang akan menjadi pilihan raya yang sangat penting di Malaysia. Ini adalah peluang terakhir yang kita ada untuk membersihkan negara ini. Jika anda tidak berbuat demikian, maka selama-lamanya anda akan mempunyai kerajaan yang buruk.”
Saya berpendapat yang sama tetapi penganalisis politik menjangkakan kesengsaraan dan kemarahan rakyat terhadap tindakan lewat kerajaan dalam menangani isu banjir khususnya di Lembah Klang akan “terbawa-bawa” ketika memangkah kertas undi pada PRU15.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menterinya terpalit dengan sentimen sama, iaitu gagal menangani bencana kerana lambat bertindak.
Hanya muncul selepas 24 jam banjir melanda ibu negara membuatkan ribuan rakyat terkandas di atas bumbung kediaman masing-masing, malah ada yang bertahan berhari-hari tanpa makanan.
Kerajaan seharusnya mempamerkan kredibiliti dan mengetahui apakah yang terjadi di bawah dengan mengarahkan tindakan segera diambil. Bukannya sewaktu keadaan sudah bertambah buruk. Kita berharap keputusan PRU15 rakyat akan memilih tepat.
DISCLAIMER : Kandungan artikel ini adalah pandangan penulis semata-mata, tidak semestinya menggambarkan pendirian Sidang Editorial DagangNews.com