BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama rangkul anugerah perhubungan awam di Davos | DagangNews Skip to main content

BzBee Consult syarikat komunikasi Bumiputera pertama rangkul anugerah perhubungan awam di Davos

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 14 Dis - Agensi komunikasi strategik bersepadu Bumiputera, BzBee Consult Sdn Bhd berjaya merangkul anugerah kempen komunikasi global di Majlis Anugerah Komunikasi Davos 2023, baru-baru ini.

 

Acara yang dianjurkan World Communication Forum Association (WCFA) di Davos, Switzerland, melibatkan pengamal perhubungan awam dari lebih 30 negara, termasuk penyertaan secara maya. 

 

Pengarah Urusan BzBee Consult, Prof Mohd Said Bani CM Din berbesar hati kerana BzBee Consult menerima pengiktirafan peringkat global.

 

Katanya, penganugerahan itu membuktikan syarikat Bumiputera mampu bersaing malah setanding dengan syarikat perhubungan awam multinasional. 

 

"Saya sangat bangga dengan warga kerja bzBee, lebih-lebih lagi kerana agensi perhubungan awam dan komunikasi Malaysia mula diiktiraf di peringkat antarabangsa.

 

"Pengiktirafan ini juga adalah bukti usaha dan dedikasi warga kerja bzBee yang berjaya mengetengahkan jenama RWMF2023 sebagai bukan sekadar festival muzik antarabangsa, malah sebagai festival yang mendapat pengiktirafan global dalam aspek komitmen terhadap kelestarian dan ‘Responsible Tourism’. 

 

"Kemenangan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan berterusan daripada klien kami, iaitu Lembaga Pelancongan Sarawak (STB)," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

bzbee
Prof Mohd Said Bani CM Din

 

 

Said Bani yang juga Presiden Persatuan Perhubungan Awam & Komunikasi (PRCA) Malaysia berkata, kemenangan itu mencerminkan kekuatan industri perhubungan awam dan komunikasi di Malaysia, yang mana lebih ramai pengamal industri, agensi dan organisasi mula menyedari pentingnya profesion perhubungan awam untuk mencapai matlamat sesuatu jenama atau bisnes. 

 

Terdahulu, BzBee Consult merupakan agensi Bumiputera yang pertama memenangi anugerah perhubungan awam peringkat antarabangsa.

 

 

bzbee

 

 

Anugerah Komunikasi Davos ialah acara global tahunan yang mengiktiraf agensi komunikasi terkemuka dunia, pengamal perhubungan awam daripada agensi dan ‘in-house’, serta projek yang mencapai kecemerlangan dan mampu mempamerkan kekuatan jenama yang tinggi. 

 

 

bzbee

 

 

bzbee

 

 

 

bzbee

 

 

Tahun ini, WCFA menerima hampir 100 penyertaan dalam 30 kategori. bzBee Consult adalah satu-satunya agensi komunikasi Malaysia yang dicalonkan bagi anugerah kempen komunikasi global itu. 

 

Anugerah tersebut diberikan kepada kempen yang mempromosi jenama dari satu negara yang melibatkan komunikasi ke peringkat global. - DagangNews.com