CEO Takaful Malaysia enggan sambung kontrak berakhir 31 Mac 2022 | DagangNews Skip to main content

CEO Takaful Malaysia enggan sambung kontrak berakhir 31 Mac 2022

KUALA LUMPUR 17 Ogos - Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia)  menerima keputusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Datuk Seri
Mohamed Hassan Kamil untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatannya yang berakhir pada 31 Mac 2022.

 

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Isnin, Takaful Malaysia berkata syarikat itu akan menggunakan khidmat firma perunding eksekutif untuk membantu
langkah mengenal pasti calon pengganti beliau.

 

Mohamed Hassan telah berkhidmat selama 15 tahun dengan Takaful Malaysia sejak dilantik sebagai CEO pada 2006, lapor Bernama.

 

“Kami mengiktiraf sumbangan serta menghormati keputusan beliau untuk berundur pada akhir tempoh kontrak itu. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada
beliau dalam meneruskan usaha selepas ini.

 

“Beliau merupakan pemimpin yang banyak memberi inspirasi sejak bertahun-tahun lamanya. Malah, beliau telah memulakan pelbagai inisiatif dalam kumpulan serta
membimbing pasukan untuk menetapkan banyak pencapaian serta usaha-usaha penting,” katanya. - DagangNews.com