CGS-CIMB 'potong' unjuran pendapatan sesaham Engtex antara 9.2% hingga 13.4% bagi FY22-FY24 | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB 'potong' unjuran pendapatan sesaham Engtex antara 9.2% hingga 13.4% bagi FY22-FY24

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 16 Dis - CGS-CIMB Research menyemak turun unjuran pendapatan sesaham (EPS) Engtex Group Berhad bagi FY22-FY24 sebanyak 9.2% hingga 13.4%.

 

Firma itu berkata, unjuran pertumbuhan hasil mencatatkan perkembangan sebanyak 16% bagi FY22 kesan daripada permintaan domestik yang positif serta harga jualan yang menggalakkan.

 

Bagaimanapun, pertumbuhan hasil bagi FY23 diunjurkan menurun sebanyak 3% dan ia dilihat munasabah kesan daripada kos pemerolehan untuk bahagian borong dan kos pengedaran bahan mentah yang lebih tinggi untuk bahagian pembuatan (kos bawaan yang lebih tinggi dalam inventori).

 

Katanya, keadaan itu akan menjejaskan pendapatan bagi 4QFY22 dan mungkin 1HCY23F.

 

"Bagi mencerminkan keadaan itu kami menurunkan margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) FY22/23/24 daripada 8.4%/8.4%/8.5% kepada 7.8%/7.8%/7.9% agar selari dengan margin EBITDA 9MFY22 sebanyak 7.8%.

 

Pada masa sama, firma itu menjangkakan kelewatan untuk pemulihan semula infrastruktur air disebabkan oleh pembentangan semula Bajet 2023 (mungkin pada 1QCY23).

 

Firma itu berkata, kelewatan pemulihan itu merangkumi modal penggantian paip dan kontrak berkaitan air bukan hasil (NRW).

 

"Keputusan kerajaan baharu baru-baru ini untuk mengkaji semula kontrak tebatan banjir bernilai RM7 bilion juga memberi kesan kepada projek penggantian paip ini," katanya.

 

Firma itu menyemak turun penarafan kumpulan itu daripada 'tambah' kepada 'pegang' dengan harga sasaran (TP) 70 sen sesasham. - DagangNews.com