Ir. Cheremi Tarman dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu | DagangNews Skip to main content

Ir. Cheremi Tarman dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam baharu

Cheremi Tarman (kanan) menerima surat pelantikan daripada Datuk Haris Kasim di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor pada 18 Januari 2023. - Gambar Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor

KUALA LUMPUR 18 Jan - Ir. Cheremi Tarman dilantik sebagai Datuk Bandar Shah Alam ke-11, mengambil alih jawatan daripada Dr Nor Fuad Abdul Hamid.

 

Cheremi sebelum ini menjadi pemangku Datuk Bandar Shah Alam berikutan kenaikan pangkat dan pertukaran Nor Fuad ke Kementerian Pengangkutan sebagai timbalan ketua setiausaha (pengurusan).

 

Pelantikan itu diumumkan dalam catatan Facebook, selepas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim menyerahkan surat pelantikan kepada Cheremi dalam satu majlis ringkas di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor hari ini.

 

Cheremi merupakan lulusan kejuruteraan awam dari Universiti Louisiana State di Amerika Syarikat dan sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Datuk Bandar Shah Alam serta pernah menjadi Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

Sementara itu, Cheremi berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana melantiknya sebagai Datuk Bandar Shah Alam.

 

"Saya akan terus mewujudkan bandar yang boleh didiami dan memberi tumpuan kepada perkhidmatan asas seperti pembaikan jalan, lampu jalan, pengurusan sisa, landskap dan akan mengadakan lebih banyak penglibatan dengan masyarakat," katanya. - DagangNews.com