KUALA LUMPUR 20 Jan - Bagi meraikan kedatangan Tahun Arnab, Coca-Cola Malaysia menganjurkan pelbagai aktiviti serta acara menarik, termasuk melancarkan enam rekaan tin edisi terhad baharu bagi kedua-dua rangkaian Coke Rasa Asli dan 'Zero Sugar'.
Selain itu, lebih 60 papan iklan akan membawa mesej Coca-Cola tentang keajaiban meraikan perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama.
Paparan paling ikonik terbesar adalah menerusi skrin 3D di Pavilion Bukit Bintang.
Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia, Rina Surya berkata, sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, mereka mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati semangat kekeluargaan yang sebenar melalui pengalaman yang dikongsi.
“Di Coca-Cola, kami percaya keajaiban yang sebenar berada di mana-mana. Keajaiban tersebut boleh menjadi satu kenyataan apabila kita menerima perbezaan di antara kita dan meraikan persamaan yang boleh menyatukan kita semua.
"Kami ingin membawa mesej ini kepada semua melalui kempen Tahun Baru Cina kami serta menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama meraikan keajaiban tersebut, sambil menikmati minuman Coke yang menyegarkan," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Coca-Cola Malaysia turut melancarkan sebuah video pendek mengenai sentimen kekeluargaan yang boleh diakses menerusi https://www.youtube.com/watch?v=Av9whlpb6DU.
Video itu menceritakan tentang seekor arnab tua yang ingin melawat anak dan cucunya yang tinggal di bandar, namun bimbang dengan perbezaan gaya hidup keluarga besar dan adat Tahun Baru Cina.
Walaupun demikian, sebaik sahaja tiba dan berasa kurang pasti untuk berkongsi hidangan yang disediakannya, ahli keluarganya yang lain dengan segera memeluknya dan mengingatkan arnab tua tersebut bahawa meraikan perbezaan adalah keajaiban sebenar untuk menyatukan keluarga.
Akhirnya, mereka sama-sama meraikan perayaan tersebut dengan hidangan enak yang dinikmati bersama minuman Coca-Cola. - DagangNews.com